Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loggingpembalakan; pengeloganGeografiTiada1. Pembalakan: Proses penebangan dan pemotongan pokok kayu kepada bentuk-bentuk balak serta mengangkut kayu-kayu balak ke kilang-kilang papan.
calandriakalandriaKejuruteraanTiada1. Bahagian tertentu dalam kilang yang menjalankan pengwapan melalui tiub-tiub yang membawa bendalir pemanas.,2. Kebuk tertutup yang digunakan dalam inti reaktor jenis tertentu.
loftgebu (PEM.MAN)KejuruteraanTiada1. Lof: Bahagian atas bangunan.,2. Lof: Kawasan kerja di kilang atau gudang.
slab constructionpembinaan papakKesenianSeni Bina1. Proses menghasilkan papak konkrit secara binaan pasang siap yang dibuat di kilang dan kemudiannya dihantar ke tapak binaan. 2. Proses menghasilkan bancuhan konkrit di tapak binaan dan dibentuk menggunakan acuan daripada kayu atau logam.
rackrakKejuruteraanPetroleum1) Alatan yang digunakan untuk memunggah dan memuatkan atau mengisi benda atau bendalir ke dalam kereta tangki. Proses ini dilakukan di kilang penapis. 2) Kerangka atau struktur yang dibina dekat lubang telaga penggerudian sebagai tempat penyimpanan paip gerudi atau selongsong secara mendatar. Biasanya dibuat daripada keluli dan kadang-kadang digunakan juga kayu.
emission controlkawalan pemancaranKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran.
effluentefluenHerbaTiada1. Cecair yang dikeluarkan daripada suatu proses seperti dalam kromatografi cecair. 2. Bahan sisa buangan cecair seperti cecair ampaian yang mengandungi hampas herba, bahan kimia, kumuhan dan sebagainya dari kilang. 3. Kumbahan yang mengalir keluar ke dalam sungai atau laut.
North America Free Trade Agreement (NAFTA)Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat dan kini terpaksa bersaing dengan eksport Mexico yang bebas cukai. Sinonim NAFTA.

Kembali ke atas