Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya yg bersinar; cahaya yg bergemerlap, spt cahaya lampu. berkilau, berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. kilauan, kilau-kemilau cahaya yg berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilau (kata nama)
Bersinonim dengan cahaya, gemerlap, berkilap, cahaya yang memantul, sinar;,
Kata Terbitan : berkilauan, mengilaukan, berkilau-kilau,

Puisi
 

Jatuh ke laut menjadi pulau,
     Pulau delapan menjadi sembilan;
Di dalam kilat adanya kilau,
     Awan hitam mengandung hujan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilang kilat dalam kilau.Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar. (Bandingkan dengan: Hilang ikan dalam kerabu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas