Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.lau] | کيلاو

Definisi : cahaya yg bersinar; cahaya yg bergemerlap, spt cahaya lampu. berkilau, berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. kilauan, kilau-kemilau cahaya yg berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilau (kata nama)
Bersinonim dengan cahaya, gemerlap, berkilap, cahaya yang memantul, sinar;,
Kata Terbitan : berkilauan, mengilaukan, berkilau-kilau,

Puisi
 

Jatuh ke laut menjadi pulau,
     Pulau delapan menjadi sembilan;
Di dalam kilat adanya kilau,
     Awan hitam mengandung hujan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kilat di dalam kilau,
     kabus di dalam hujan.

Bermaksud :

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitreous lusterkilau kacaGeologiTiadaSejenis kilau yang menyerupai kilau kaca.
pearly lustrekilau mutiaraGeologiTiadaSejenis kilau mineral yang menyerupai kilau indung mutiara.
snow blinkkilau saljiMeteorologiMeteorologi PerhubunganKilau putih terang yang terdapat pada bahagian bawah awan, yang terhasil akibat pembalikan cahaya daripada permukaan bumi yang dilitupi salji. Kilau salji lebih terang daripada kilau ais, dan jauh lebih terang daripada langit tanah atau langit air.
nacreousbergewangGeologiTiadaMempunyai kilau pendarona yang menyerupai kilau gewang.
resinous lustrekilau resinGeologiTiadaKilau pada permukaan mineral tertentu yang retak, yang menyerupai kilau resin.
bronzitebronzitGeologiTiadaVarieti enstatit berwarna perang atau hijau, mengandungi besi, dan biasanya mempunyai kilau logam mutiara atau kilau logam gangsa.
bronzitebronzitKimiaTiadaVarieti enstatit berwarna perang atau hijau, mengandungi besi, dan biasanya mempunyai kilau logam mutiara atau kilau logam gangsa.
fluorescent funguskulat pendar kilauBiologiMikologiKulat, misalnya basidiokarpa Pleurotus dan Panus yang dapat menghasilkan bahan kimia yang mengeluarkan cahaya pendar kilau. Kadangkala, kayu dan daun yang diserang oleh kulat ini turut mengeluarkan cahaya pendar kilau.
vitreous lustrekilau kekacaFizikOptikKilau yang menyerupai kilauan kaca.
solar flarekilau suriaMeteorologiMeteorologi PerhubunganLedakan suria dari kawasan terhad kromosfera matahari, yang terjadi di atas tompok matahari jenis tertentu. Ledakan ini tidak boleh diramal, dan berhayat hingga beberapa jam. Kilau suria dikelaskan berdasarkan keamatan cahaya pancaran yang dapat dilihat, dan luas kawasan suria yang dilindungi mengikut skala menaik daripada 1 hingga 3+.
12345678910...

Kembali ke atas