Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.mia] | کيميا

Definisi : ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg ber­kaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg di­keluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.mia] | کيميا

Definisi : , = ilmu ~ cabang ilmu sains mengenai juzuk, kandungan dan sifat-sifat sesuatu bahan serta tindak balas yg membentuk atau yg mengubah keadaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chemical balanceneraca kimia; keseimbangan kimiaFizikTiadaTiada
chemical balanceneraca kimia; keseimbangan kimiaKomunikasi MassaTiadaTiada
potential chemical energytenaga keupayaan kimiaKimiaTiadaTiada
physiological chemistrykimia fisiologiKimiaTiadaTiada
physical chemistrykimia fizikKimiaTiadaTiada
plant chemistrykimia tumbuhanKimiaTiadaTiada
pure chemistrykimia tulenKimiaTiadaTiada
analytical chemistrykimia analisisFizikTiadaCabang ilmu kimia yang berkaitan dengan teknik-teknik yang menghasilkan maklumat tentang sistem kimia.
polymerpolimerKimiaTiadaSebatian kimia yang terbentuk daripada banyak unit monomer yang bercantum semasa pempolimeran.
chemical analysisanalisis kimiaFizikTiadaKaedah menentukan komposisi sesuatu bahan dengan menggunakan teknik kimia.
12345678910...

Kembali ke atas