Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.né.tik] | کينيتيک

Definisi : (kinétik) 1. bergantung pd gerakan permukaan atau isi padu utk mendapatkan kesannya; 2. (Kim) kajian bkn mekanisme kadar tindak balas dan faktor yg mem­pengaruhi tindak balas spt tekanan, suhu, dan bahan tindak balas; 3. (Fiz) kajian bkn peri­laku tenaga apabila sesuatu bergerak; ~ kimia kajian tentang mekanisme, kadar tindak balas, dan faktor (spt tekanan, suhu, kepekatan, dll) yg mempengaruhi kadar tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.né.tik] | کينيتيک

Definisi : /kinétik/ ist bkn gerakan atau yg dihasilkan (dikeluarkan) oleh gerakan. tenaga ~ tenaga yg dipunyai oleh sesuatu kerana gerakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kinetik


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peleburanmeltingProses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk.Menengah Rendah
tenaga kinetikkinetic energyTenaga yang dimiliki oleh sesuatu jasad yang bergerak.Menengah Rendah
tenaga kinetikkinetic energyTenaga yang terdapat di dalam objek yang sedang bergerak. Contohnya, tenaga pada kereta mainan yang sedang bergerak. Lihat RajahSekolah Rendah
tenaga kinetikkinetic energyTenaga yang dimiliki oleh sesuatu jasad yang bergerak.Menengah Atas
turbinturbineMesin yang menukarkan tenaga kinetik daripada bendalir yang bergerak untuk menjanakan tenaga elektrik.Menengah Rendah
dinamodynamoAlat yang menukarkan tenaga mekanik (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik) kepada tenaga elektrik.Menengah Rendah
perubahan tenagaenergy changeProses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.Menengah Rendah
sifar mutlakabsolute zeroSuhu yang terendah pada semua bahan. Nilai sifar mutlak ialah -273.15°C atau 0 Kelvin. Pada suhu ini molekul sesuatu bahan tidak mempunyai tenaga kinetik.Menengah Atas

Kembali ke atas