Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.né.tik] | کينيتيک

Definisi : (kinétik) 1. bergantung pd gerakan permukaan atau isi padu utk mendapatkan kesannya; 2. (Kim) kajian bkn mekanisme kadar tindak balas dan faktor yg mem­pengaruhi tindak balas spt tekanan, suhu, dan bahan tindak balas; 3. (Fiz) kajian bkn peri­laku tenaga apabila sesuatu bergerak; ~ kimia kajian tentang mekanisme, kadar tindak balas, dan faktor (spt tekanan, suhu, kepekatan, dll) yg mempengaruhi kadar tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.né.tik] | کينيتيک

Definisi : /kinétik/ ist bkn gerakan atau yg dihasilkan (dikeluarkan) oleh gerakan. tenaga ~ tenaga yg dipunyai oleh sesuatu kerana gerakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kinetik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kinetik energytenaga kinetikKimiaTiadaTenaga yang ada pada sesuatu jasad akibat pergerakannya. Tenaga ini bersamaan dengan kerja yang perlu dilakukan untuk memberhentikan jasad tersebut. Tenaga kinetik bagi sesuatu jasad berjisim m yang bergerak dengan halaju v ialah ½ mv2. Tenaga kinetik bagi jasad yang berputar dengan halaju sudut w dan berinersia I ialah ½ Iw2.
cell kineticsilmu kinetik sel; kinetik selFizikTiadaTiada
eddy kinetic energytenaga kinetik pusarSainsHidrometeorologiTenaga kinetik komponen aliran bendalir yang mewakili sisihan daripada tenaga kinetik purata bendalir itu; cara perkiraan nilai purata bergantung pada masalah tertentu. Tenaga kinetik pusar ini dinyatakan dengan dengan ialah ketumpatan, halaju pusar dan garis di atas menandakan suatu purata.
kinetic energy correction factorfaktor pembetulan tenaga kinetikKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang membetulkan kadar aliran tenaga kinetik bendalir yang berketumpatan r dan berluas keratan rentas s yang malar sebagai (rujuk m/s 50) dengan = kadar aliran tenaga kinetik, U = profil halaju, Ac = keluasan, r = ketumpatan. Kadar pengaliran tenaga kinetik per unit jisim bendalir ialah (rujuk m/s 50) yang dijelaskan dalam faktor pembetulan tenaga kinetik a sebagai (rujuk m/s 50) dengan um = halaju purata, a = faktor pembetulan tenaga kinetik. Bagi aliran regim gelora, a dianggarkan sebagai (rujuk m/s 50) dengan � = faktor geseran, k = 0.407.
kinetic energytenaga kinetikMekanikGunaanTenaga sesuatu jasad yang disebabkan oleh gerakan jasad itu. nilai tenaga kinetik bagi zarah bergantung pada jisim zarah berkenaan dan kelajuannya. Tenaga kinetik T bagi zarah yang berjisim m diberikan oleh hubungan, T = mv2 dan merupakan kerja yang diperlukan untuk menggerakkan zarah itu daripada keadaan pegun kepada laju v. Bagi jasad tegar yang mengalami gerakan satah umum, tenaga kinetik bergantung pada jisimnya m, laju pusat jisimnya vG, momen sifatekunnya di sekitar pusat jisim IG dan halaju sudutnya w. Tenaga ini diberikan oleh ungkapan, Ungkapan pertama yang di sebelah kanan ialah tenaga kinetik yang disebabkan oleh komponen alihan manakala ungkapan kedua disebabkan oleh komponen putaran di sekitar pusat jisim G. Jika pusat halaju adalah sifar ketika C digunakan sebagai rujukan, maka tenaga itu boleh disebut sebagai, dengan w ialah halaju putaran jasad itu dan IC ialah momen sifatekun di sekitar titik C. Tenaga kinetik bagi sistem zarah diberikan oleh sebutan, dengan vG sebagai laju pusat jisim sistem tersebut, mi ialah jisim zarah yang ke-i dan Oi ialah halaju mi terhadap pusat graviti G.
first order kinetickinetik tertib pertamaPerubatanTiadaCiri farmakokinetik ubat yang kadar metabolisme atau perkumuhannya berkadar terus dengan jumlah atau kepekatan ubat di dalam darah. Kinetik tertib pertama berlaku pada kebanyakan ubat dalam julat dos terapeutik. Ubat yang dikumuhkan melalui ginjal biasanya mempunyai ciri kinetik ini. Gambaran grafik log kepekatan melawan masa bagi kinetik tertib pertama akan menghasilkan graf bergaris lurus. Apabila proses metabolisme ubat telah tepu, perkumuhan ubat tersebut bertukar daripada kinetik tertib pertama kepada kinetik tertib sifar. Sinonim farmakokinetik linear.
inelastic collisionperlanggaran tak kenyalKimiaTiadaPerlanggaran antara dua objek yang melibatkan perubahan jumlah tenaga kinetik, iaitu jumlah tenaga kinetik sebelum perlanggaran, akan berkurangan selepas perlanggaran kerana sebahagian daripada tenaga kinetik tersebut ditukarkan kepada bentuk tenaga yang lain, lazimnya haba. Bdg. perlanggaran kenyal.
eddy kinetic energytenaga kinetik pusarGeologiTiadaTenaga kinetik komponen aliran bendalir yang mewakili sisihan daripada tenaga kinetik purata bendalir itu.
kinetic momentmomen kinetikMekanikGunaanMomen bagi daya paduan dan ganding paduan tak terimbang yang bertindak pada jasad, dihitung di sekitar titik yang bukan pusat jisim jasad itu. momen kinetik dihitung daripada gambar rajah kinetik sebagaimana momen biasa dihitung daripada gambar rajah jasad bebas. Lihat juga gambar rajah kinetik.
separable kineticskinetik boleh pisahKejuruteraanKejuruteraan KimiaKinetik kenyahaktifan mangkin yang berdasarkan sejarah lampau keaktifan mangkin dan kadar tindak balas semasa, yang dikaji secara berasingan dan diungkapkan sebagai � = a (sejarah lampau) r (semasa), dengan � = kinetik kenyahaktifan, r = kadar tindak balas, a = keaktifan.
12345678910...

Kembali ke atas