Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilah-bilah (baling-baling) yg dipusingkan dgn kuasa elektrik utk menyejuk­kan atau menyamankan keadaan dlm bilik dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat yg mempunyai bilah­-bilah yg berputar ligat utk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dll terasa nyaman); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kipas angin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)kipas angin berputar-putar di dalam bilik 2) kipas angin berkisar-kisar di dalam bilik Sila tanya ayat yang mana paling gramatis. TqAyat yang gramatis:

Kipas angin berputar-putar di dalam bilik.
Tatabahasa13.05.2018
keliru penggunaan ayat "goreng pisang panas" dan "pisang goreng panas" contoh; kipas angin seperti "goreng pisang panas" atau kipas angin seperti "pisang goreng panas"? mengikut pemahaman, "goreng pisang panas" adalah perbuatan, manakala "pisang goreng panas" merupakan hasil/produk, terima kasih“Pisang goreng panas” secara makna harfiahnya ialah pisang yang telah digoreng yang masih dalam keadaan panas.  Makna lain “pisang goreng” mengikut Kamus Pelajar ialah laku, banyak dibeli orang; sudah dijual; laris: “Goreng pisang”  ialah perbuatan menjadikan pisang sebagai “pisang goreng”.Makna13.02.2014
1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal.1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 
2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia".
Tatabahasa26.07.2013
Salam. Perlukah tanda bacaan koma (,) sebelum sendi kata "dan"? Cth: "Saya mempunyai banyak barangan elektrik seperti peti sejuk, kipas angin, mesin basuh, dan sterika elektrik." (perhatian kpd koma (,) selepas mesin basuh sebelum dan). Terima kasih.Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi sebagai unsur pemisah.  Contohnya tanda koma memisahkan unsur-unsur kata yang berurutan:  Bendera itu berjalur merah, putih, dan biru.  Tanda koma hendaklah digunakan sebelum "dan", "atau", dan "serta" yang diikuti dengan frasa. Contoh kedudukan tanda koma sebelum "dan" pada ayat yang tuan/puan beri itu adalah betul.Lain-lain25.01.2016
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?)Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa30.07.2021
Saya sedang __ kipas yang berpusing itu. 'mematikan' atau 'memberhentikan', yg manakah lebih sesuai ??Perkataan yang betul ialah memberhentikan mengikut konteks ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah Saya mematikan suis kipas angin tersebut.Tatabahasa23.07.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-)Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas

Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
Tatabahasa21.07.2013
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya manakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan bagi istilah 'propeller' di dron? Adakah baling-baling lebih tepat digunakan atau kincir udara lebih tepat? Apa beza antara keduanya? Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud propeller ialah "kipas atau baling-baling". Maksud "kipas" ialah angin alat yg mempunyai bilah­-bilah yang berputar ligat untuk mengadakan atau menggerakkan angin (supaya keadaan di bilik dan lain-lain terasa nyaman) manakala "baling-baling atau bebaling" bermaksud alat yang rupanya seperti kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang. Dalam bidang kejuruteraan kapal terbang, perkataan bebaling banyak digunakan.Makna12.06.2022
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022

Kembali ke atas