Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1. lebih kurang: ~ seribu orang telah dijemput utk menyaksikan upacara tersebut; kami tiba di bandar itu ~ pukul 6 petang; 2. = ilmu ~ perhitungan (mengenai kewangan, perangkaan, dll), taksiran, ran­cangan (pendapatan dan perbelanjaan), ilmu hisab: maka jikalau tiada tahu ~ kelak, bagaimana engkau hendak berniaga jual beli?;buku ~ buku tempat mencatat kira-kira ke­wangan (perniagaan, kesatuan, dll); buku ~ harian buku harian, buku utk mencatat kira­-kira urusan perniagaan hari-hari; ilmu menyimpan ~ pengetahuan mencatat butir­-butir mengenai perbelanjaan dan penerimaan wang; tidak termasuk dlm ~ tidak termasuk dlm perhitungan (taksiran); 3. rasanya, agak­nya, barangkali, kalau-kalau: ~ ia tidak mahu menerima wang itu; 4. dugaan, agak-agak, sangka-sangka: kalau tidak tahu akan jawabnya, akui sahaja, jangan ~; 5. bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat; tidak ~ terlampau sangat; 6. fikiran, akal, angan-angan; panjang ~ panjang akal (tidak sempit fikirannya); terbuka ~ terbuka fikir­annya; ~ bahagi kira-kira (ilmu hisab) bkn memecahkan sesuatu angka dgn angka lain; ~ campur kira-kira (ilmu hisab) mengenai mem­besarkan angka dgn menjumlah (mencampur­kan angka), penjumlahan; ~ darab ilmu hisab bkn membesarkan sesuatu angka dgn memperkalikannya dgn angka lain; ~ pecahan kira-kira (ilmu hisab) mengenai angka pecah­an (angka yg kurang drpd satu); ~ tolak kira­-kira (ilmu hisab) bkn mengurangkan angka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ra.ki.ra] | کيرا٢

Definisi : 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,

Puisi
 

Tidak dapat dikira-kira,
     Air mata jatuh segera;
Karam di laut angin di udara,
     Karam di hati kerana cinta.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Gamak-gamak seperti menyambal.

Bermaksud :

Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consolidated balance sheetkunci kira-kira disatukanPentadbiranTiadaKunci kira-kira syarikat induk dan subsidiarinya disatukan.
pro forma balance sheetkunci kira-kira pro formaPentadbiranTiadaKunci kira-kira yang dianggarkan untuk tarikh hadapan.
PangaeaPangaeaGeologiTiadaSuperbenua yang telah wujud dari kira-kira 300 hingga kira-kira 200 juta tahun dahulu dan termasuk kebanyakan kerak benua bumi.
secondary rainbowpelangi sekunderGeologiTiadaPelangi pudar yang jejari sudutnya kira-kira 50o wujud pada bahagian luar pelangi primer yang jejarinya kira-kira 42o.
secondary rainbowpelangi sekunderFizikOptikPelangi pudar yang jejari sudutannya kira-kira 50o wujud pada bahagian luar pelangi primer yang jejarinya kira-kira 43o. Tertib warna pelangi tersebut berlawanan dengan tertib warna pelangi primer. bd. pelangi primer.
Precambrianusia PracambriaGeologiTiadaEra pada masa yang berlanjutan dari permukaan bumi kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu hingga kira-kira 570 juta tahun dahulu.
Azore anticycloneantisiklon AzoresMeteorologiMeteorologi PerhubunganSebahagian daripada jalur tekanan tinggi subtropika di hemisfera utara. Pada musim panas, carta min tekanan-permukaan menunjukkan pusat tekanan antisiklon yang bernilai kira-kira 1027 hPa, iaitu pada kira-kira 35� U dengan paksi rbungnya menganjur merentasi utara Perancis dan utara Jerman. Pada musim sejuk pusat tekanan antisilon ini bernilai kira-kira 1024 hPa, iaitu pada kira-kira 30� U dengan paksi rabungnya merentangi selatan Sepanyol.
mini black holelohong hitam miniMatematikTiadaLubang hitam kecil yang dikatakan mempunyai berat kira-kira 10 kg. dan jejari kira-kira 10-10 meter, yang diandaikan terbentuk sebaik-baik sahaja selepas dentuman besar.
nucleosynthesisnukleosintesisMatematikTiadaPenciptaan unsur melalui tindak balas nuklear di dalam bintang, yang bermula kira-kira seratus saat selepas Dentuman Besar, yang berlaku kira-kira 20 ribu juta tahun yang lalu.
local star cloudawan bintang tempatanMatematikTiadaKumpulan bintang yang matahari menjadi anggotanya, dianggap berbentuk kanta, berdiameter kira-kira 2000 tahun cahaya dan berketebalan kira-kira 650-700 tahun cahaya, dan menjadi anggota Bimasakti.
12345678910...

Kembali ke atas