Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.rai] | کيراي

Definisi : ; mengirai 1. = mengiraikan me­ngibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepak­kan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (mem­bentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; terkirai-kirai 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.rai] | کيراي

Definisi : jalur, carik panjang; roti ~ sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung yg cair yg dimasak dlm kuali kering, roti cecair, roti jala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.rai] | کيراي

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma), gemia, rembia, rumbia, sagu, Metroxylon rumphii (sagu); atap ~ atap yg dibuat drpd daun nipah; 2. Br daun rokok (penggulung rokok) drpd daun nipah; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelupas, dalu-dalu bukit, dedalu bukit, pepina, Hiptage sericea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.rai] | کيراي

Definisi : ; mengirai 1 menyelerakkan sesuatu yg tersusun (spt pakaian, buku); menyebarkan sesuatu (spt padi) utk dijemur dsb. 2 mengibas-ngibaskan kain dll dgn agak keras (spt sebelum menjemurnya atau utk menghilangkan debu). 3 menampi sesuatu dgn menggerak-gerakkan bekasnya (nyiru dsb) turun naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kirai
Kata Terbitan : mengirai, terkirai-kirai,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kirai MSbdaun nipah.Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigup MSbtembakau (pada rokok).Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kalong Mrpaip untuk menghisap rokok.Pembaca juga telah berkenalan dengan beberapa kata daerah seperti sigup, kirai daun, seraung, sumandak, kalong, lansaran, polod dan paliu.Pelanduk Hutan KeningauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas