Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ri] | کيري

Definisi : bahagian badan yg menghala ke utara apabila kita menghadap ke timur; lw kanan: Kalau hendak melintas jalan, kita mesti melihat ke ~ dan ke kanan dahulu. ~ kanan bahagian yg di sebelah-menyebelah sesuatu (jalan, sungai dll). mengiri menuju ke sebelah kiri. mengirikan meletakkan sesuatu di sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiri

Puisi
 

Kiri jalan kanan jalan,
     Batang pauh dibuat titi;
Kirim jangan pesan jangan,
     Biar sama berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Cubit paha kanan,
     paha kiri pun merasa juga.

Bermaksud :

Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gerakan politik Melayu aliran kiri (Ulasan buku "Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan" oleh Mohamed Salleh Lamry)Radzuan GhazaliHarian Metro (Variasi)12.01.2006
Gerakan kiri Melayu dalam perjuangan kemerdekaanAbdul Halim YaacobSiasah09.05.2007
Sepatu Kiri Di Kaki KananKhadijah HashimBerita Harian30.04.2006
Kaki KiriIrwan Abu BakarMingguan Malaysia22.03.1998
Otak kiri, kanan daya kreatif tauhidM Jusoff TaibBerita Harian08.08.1994
Golongan kiri menguasai jabatan pengarangMelan AbdullahUtusan Melayu22.06.1972
Raja Kiri Merampas KuasaZubima F. AUtusan Zaman20.05.1984
'Langkah Kiri' Yahya Ismail sa-buah 'satire' politikH. B. JassinBerita Harian15.08.1968
Orang KiriA. Shukor HarunUtusan Zaman07.08.1966
Langkah KiriAkhbar:  Berita Harian19.11.2005
123

Kembali ke atas