Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sah] | قيصه

Definisi : hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian­-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengi­sahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sah] | قيصه

Definisi : cerita atau hal mengenai sesuatu; riwayat; kejadian: ~ sang kancil menipu maharaja singa. mengisahkan meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. pengisahan hal atau perbuatan mengisahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kisah-kisah Yang Dikontot-kontotkanShahnon AhmadDewan Sastera1 May 1992
Kisah-kisah seorang peribadiAnwar RidhwanDewan Sastera15 June 1979
Bibit-bibit imajinasi mengangkat kisah-kisah lama dari khazanah sastraNusantaraAudah, AliUlumul Qur'an1 January 1998
Kisah Draman (sebuah cerita rakyat Melanau Mukah)TiadaJendela SarawakTiada
Kisah Kehidupan Orang Lain Sebagai Sumber IlhamTalib SamatTunas Cipta1 December 2006
Kisah Orang Tua dan Lelaki MudaShazmira ShahuddinDewan Sastera1 February 2007
Kisah Kehidupan Sukar Zaman Perang dalam Cerpen "Ke Bintan-To"Sharif PuteraDewan Sastera1 May 2002
Kisah duka bola sepak tempatanFakrulrazi IsmailDewan Masyarakat1 January 2007
Kisah 1Ozarina OthmanTunas Cipta1 April 2006
Kisah Kayu Merangsang MindaProfesor Diraja Ungku AzizDewan Sastera1 June 2001
12345678910...

Kembali ke atas