Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.sah] | قيصه

Definisi : hal, cerita, kejadian, riwayat: Daim menceritakan ~ pemergian Zaini itu kpd Zalizah; guru membincangkan ~ pembiakan nyamuk; ~ Sang Kancil menipu Maharaja Singa; ~ ibarat kisah yg watak-watak dan kejadian­-kejadian di dalamnya melambangkan atau meneladani sesuatu; berkisah menyampaikan sesuatu kisah: yg pandai bercerita dan mahir ~; mengisahkan menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; pengisahan perihal (perbuatan dsb) mengi­sahkan; pengisah tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.sah] | قيصه

Definisi : cerita atau hal mengenai sesuatu; riwayat; kejadian: ~ sang kancil menipu maharaja singa. mengisahkan meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. pengisahan hal atau perbuatan mengisahkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,

Puisi
 

Saya tak tahu emping basi,
     Biarlah jatuh ke dalam duri;
Saya tak tahu demo benci,
     Saja saya tak kisah diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
legenda(légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
memerikanmenceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendongengkanmenyampaikan atau menceritakan dongeng: Sesetengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
komedi/komédi/ lakonan (pentas, filem atau sandiwara) yg menceritakan kisah-kisah gembira atau lucu.Kamus Pelajar
komedi/komédi/ lakonan (pentas, filem atau sandiwara) yg biasanya menceritakan kisah-kisah lucu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendongengkanmenyampaikan atau menceritakan dongeng:Setengah-setengah orang tua selalu ~ kisah-kisah lama kpd cucu-cucu mereka.Kamus Pelajar
legenda/légénda/ cerita (yg tidak dpt dipastikan benar tidaknya) yg bersangkutan dgn kisah-kisah bersejarah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memerikan1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, meng­huraikan, menjelaskan;Kamus Dewan Edisi Keempat
membumbui1. membubuh bumbu pd, merempahi: ~ ikan sebelum dimasak; 2. menambah-nambahi (supaya menarik dll): huraiannya yg berbunga dan berwarna kadang-kadang dibumbui kisah-kisah yg nyaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
peri II; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas