Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.tab] | کتاب

Definisi : Ar 1. buku suci (yg mengandungi perkara­perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai­-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.tab] | کتاب

Definisi : 1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kitab
Rujuk :buku

Peribahasa

Surat atas batu,
     tidak akan pupus-pupus.

Bermaksud :

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
المراسيلmarāsīlAgama IslamHadithKitab-kitab yang dikarang khusus untuk mengumpul Ḥadīth- ḥadīth mursal.
مشكل الاحاديثmusykil ḤadīthAgama IslamHadithKitab-kitab yang dikumpulkan di dalamnya Ḥadīth yang memerlukan pertimbangan secara saksama khususnya Ḥadīth yang bertentangan.
illuminated manuscriptmanuskrip kilauKesenianTiadaManuskrip zaman lampau yang dihiasi dengan kerajang emas seperti manuskrip kitab-kitab.
عم‘ain-mimAgama IslamHadithSingkatan kepada Abdullah Ibn Ahmad Ibn Hanbal yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam tambahannya kepada kitab-kitab Ahmad Ibn Hanbal.
garden of eden/paradise gardentaman firdausLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci.
garden of eden/paradise gardentaman firdausLandskapTiadaKawasan berlandskap yang mempunyai persekitaran dan suasana yang tenteram dan menyeronokkan seperti dalam syurga sebagaimana yang digambarkan oleh kitab-kitab suci.
الاسناد العالىisnād tinggiAgama IslamHadithRiwayat yang sedikit bilangan perawinya berbanding dengan riwayat-riwayat lain untuk sampai kepada Rasulullah atau imam Ḥadīth atau kepada salah satu daripada kitab-kitab yang enam
الاسناد النازلisnād rendahAgama IslamHadithRiwayat yang lebih ramai bilangan perawinya berbanding dengan riwayat-riwayat lain untuk sampai kepada Rasulullah atau imam Ḥadīth atau kepada salah satu daripada kitab-kitab yang enam.
المستخرجkitab mustakhrajAgama IslamHadithKitab yang dihasilkan oleh penulis berpandukan kepada mana-mana kitab Ḥadīth dalam meriwayatkan Ḥadīth- ḥadīthnya dengan sanad penulis itu sendiri tanpa melalui pengumpul kitab tersebut.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
12345678910...

Kembali ke atas