Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta.ran] | کيترن

Definisi : gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ta.ran] | کيترن

Definisi : gerakan yg berputar atau berpusing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari.Menengah Rendah
fasa luteumluteal phaseFasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain.Menengah Atas
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu.Menengah Atas
kitar oksigenoxygen cycleKitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan.Menengah Rendah
kitar karboncarbon cycleKitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian karbon dalam atmosfera secara berterusan.Menengah Rendah
menopausmenopauseKeadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas.Menengah Atas
larvalarvaAnak serangga yang masih dalam bentuk ulat. Larva merupakan peringkat kedua dalam kitaran hidup serangga yang aktif. Lihat RajahSekolah Rendah
nimfanymphSerangga bersaiz kecil yang menyerupai bentuk seperti serangga dewasa dan mengalami perubahan dalam kitaran hidup yang belum lengkap. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas