Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta.ran] | کيترن

Definisi : gerakan berkitar, kisaran; ~ hidup (Bio) beberapa peringkat hidup yg dialami oleh sesuatu organisma dr peringkat persenyawaan ovum sehinggalah ke peringkat matang, dan seterusnya ke peringkat per­senyawaan ovum pd generasi seterusnya; ~ semula benda (spt surat khabar, botol kaca) yg diproses supaya dapat digunakan semula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.ta.ran] | کيترن

Definisi : gerakan yg berputar atau berpusing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oestrus cyclekitaran estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kitaran seks yang ditunjukkan oleh haiwan mamalia betina kecuali primat. Kitaran ini mempunyai beberapa fasa seperti proestrus, estrus, metestrus dan diestrus. Contoh haiwan yang mengalami kitaran estrus ialah kucing, kuda dan lembu.
extract-transform-load (ETL) cycle)kitaran ekstrak-ubah-muat (ETL)Teknologi MaklumatPerisianKitaran hayat yang mengandungi beberapa langkah pelaksanaan, iaitu permulaan kitaran, pembinaan data rujukan, pengekstrakan, pengesahan, pengubahan, pemeringkatan, pelaporan audit, penerbitan, pencapaian, pengarkiban dan penghapusan data. Proses kitaran ini melibatkan kekompleksan yang tinggi dan masalah operasi yang signifikan boleh berlaku apabila sistem ETL yang direka bentuk tidak sempurna.
climatic cyclekitaran iklimSainsHidrometeorologiAyunan bertempoh lama sesuatu iklim yang berulang hampir seragam, tetapi tidak semestinya berkala. Istilah kitaran digunakan dalam klimatologi dengan lebih luas maknanya daripada sains fizikal lain. Ia menunjukkan kejadian beritma tanpa kejituan sebenar dalam ulangan kejadian itu. Selalunya ia hanya menunjukkan kejadian yang lebih mungkin di mercu kitaran daripada di palungnya. Kewujudan banyak kitaran telah diakui, antaranya berjulat dari kepanjangan masa geologi ke beberapa tahun; yang paling dikenali ialah kitaran Br�ckner dan kitaran tompok matahari.
menstrual cyclekitaran haidPerubatanTiadaKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang matang secara seksual dan tidak hamil. Keadaan ini biasanya terjadi selang empat minggu. Kitaran ini dikawal oleh perubahan hormon seksual yang berlaku secara fisiologi.
cycle storycerita kitaranKesusasteraanTiadaCerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
domestic violence cyclekitaran keganasan rumah tanggaKriminologiKeadilan JenayahHubungan yang melibatkan keganasan dalam rumah tangga mengikut pola atau kitaran yang biasa. Keganasan rumah tangga juga berlaku mengikut kitaran yang berulang.
product life cyclekitaran hayat produkPengurusanPerancanganKonsep pemasaran yang menunjukkan peringkat-peringkat yang akan dilalui oleh sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Terdapat empat peringkat kitaran hayat produk, iaitu peringkat pengenalan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. Pemahaman terhadap kitaran hayat produk ini membantu syarikat merancang strategi yang bersesuaian mengikut peringkat produk tersebut. Pada peringkat pengenalan, syarikat memperkenalkan produk dan memperuntukkan sejumlah modal yang besar untuk mempromosi produk secara berkesan bagi mendapatkan perhatian pengguna. Pada peringkat pertumbuhan pula, permintaan terhadap produk adalah sangat menggalakkan dan kadar jualan meningkat. Peringkat kematangan berlaku apabila jualan menjadi stabil dan syarikat perlu berusaha untuk mengekalkan prestasi semasa dan mengelakkan kejatuhan jualan. Tahap kemerosotan pula terjadi apabila jualan produk mula mengalami penurunan dan syarikat perlu bersedia untuk memperkenalkan produk yang baharu.
arid cyclekitaran gersangGeologiTiadaKitaran hakisan di kawasan gersang.
diesel cyclekitaran dieselKejuruteraan AutomotifTiadaKitaran yang berlaku dalam enjin diesel tanpa memerlukan sistem pencucuh elektrik.
diesel cyclekitaran dieselKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKitaran yang berlaku dalam enjin diesel tanpa memerlukan sistem pencucuh elektrik.
12345678910...

Kembali ke atas