Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kla.si.fi.ka.si] | کلاسيفيکاسي

Definisi : hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kpd beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. mengklasifikasikan membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klasifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Mohon jelaskan perbezaan antara klasifikasi dan kelasifikasi. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah klasifikasi.Tatabahasa25.06.2012
Analisis atau analisa atau kedua-duanya masih diguna oleh DBP? Bani Abbasiah atau Bani Abbasiyyah? Bani Umaiah atau Bani Umayyah? klasifikasi atau kelasifikasi?Ejaan yang betul ialah analisis dan klasifikasi. Bani Umaiyah dan Abbasiyah ialah kata nama khas dan dalam pangkalan data kami ejaan Umaiyah lebih banyak terakam berbanding dengan Umaiyyah. Bagi ejaan Abbasiyyah lebih banyak terakam berbanding dengan Abbasiyah tetapi terbitan DBP mengguna pakai ejaan Abbasiyah (sama seperti Umaiyah - satu y).Ejaan06.11.2012
assalam. Saya ingin bertanya: 1. contoh klasifikasi muka taip seperti old style, transition, slab serif dan script adakah nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar?Kata nama khas hendaklah ditulis dengan huruf besar. Penulis perlu memastikan kategori sesuatu kata itu sama ada kata nama am atau kata nama khas. Dalam Bahasa Melayu klasifikasi muka taip ialah kata nama am. Tatabahasa15.12.2017
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara perkataan klasifikasi. kategori dan jenis? Bolehkan ia digunakan secara bertukar ganti? 2. Apakah padanan yang sesuai untuk frasa 'degree of individualization'? 3.Adakah kendiri dan berdikari membawa maksud yang sama?. Bolehkah ia digunakan secara bertukar ganti? Terima Kasih.

Kasifikasi: 1. penyusunan mengikut kelas; 2. susunan sistematik ke dlm kumpulan menurut kriteria yg ditetapkan.

Kategori: 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah peng guna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah);

Jenis: golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa.

Kata tersebut tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Padanan untuk frasa 'degree of individualization' tiada dalam rekod kami. Mungkin "Darjah keperibadian" boleh digunakan.

Kendiri bermaksud sendiri dan berdikari bermaksud berdiri atas kaki sendiri. Kata tersebut juga tidak boleh digunakan secara bertukar ganti sewenang-wenangnya. 

Makna01.07.2009
Jabatan Kastam Di raja Malaysia mempunyai salah satu cawangan yang dinamakan Cawangan Penjenisan. Cawangan Penjenisan berperanan dalam menentukan kod tarif yang tertentu bagi sesuatu barangan. Kod tarif adalah “harmonized Commodity Description & Coding System, commonly known as HS Codes and ASEAN Harmonized Tariff Nomenclature (AHTN) were created for international use by the Custom Department to classify commodities when they are being declared at the custom frontiers by exporters and importers”. Untuk makluman, cawangan penjenisan lebih dikenali sebagai “classification unit/department” di negara-negara luar. Oleh yang demikian, JKDM berhasrat untuk menukar nama Cawangan Penjenisan kepada Cawangan Klasifikasi. Mohon khidmat nasihat pihak tuan tentang makna perbezaan “penjenisan” dan “klasifikasi” serta perkataan mana yang lebih tepat untuk menggambarkan bidang tugas cawangan tersebut.Untuk makluman, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, penjenisan bermaksud perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menjeniskan, pembahagian kepada beberapa jenis. Klasifikasi pula bermaksud hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kepada beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. Istilah  bahasa Melayu untuk "classification" ialah pengelasan atau klasifikasi. Berdasarkan penerangan di atas, "classification unit/department" boleh diterjemahkan kepada Unit Klasifikasi,  Bahagian Klasifikasi. Unit Pengelasan atau Bahagian Pengelasan.Istilah16.02.2017
Pembahagian rekursif telah menjadi asas kepada dua kaedah regresi bukan parametrik iaitu Klasifikasi dan Pokok Keputusan (CART) dan Multivariate Adaptive Regression Splines (MARS). Terjemahan bagi perkataan “Multivariate Adaptive Regression Splines”? Mohon bantuan. Terima kasih.Kami mencadangkan “multivariate adaptive regression splines” dalam bidang Matematik dan Statistik diterjemahkan sebagai “lekuk regresi multivariat boleh suai”, bergantung pada konsep serta konteks penggunaan yang sesuai bagi istilah tersebut.Istilah19.11.2020
perkataan yang diklasifikasikan bp iaitu bahasa percakapan tidak boleh digunakan dalam penulisan. Apakah jenis klasifikasi lain yang tidak boleh digunakan dalam penulisan pelajar sekolah?Perkataan yang dilabel sebagai "bp" tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah penulisan rasmi dalam pembelajaran. Pelajar hendaklah merujuk dan mengambil contoh perkataan dalam Kamus Pelajar bagi memilih penggunaan kata yang sesuai.Tatabahasa06.11.2015
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah.

Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. 
Makna12.09.2020
Assalamualaikum DBP. Saya menjalankan kajian berkaitan Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna dalam tesis saya. Saya menemui bibliografi bagi kajian tersebut, iaitu 'James T. Collins. (1998). Bahasa Melayu di Kepulauan Natuna: Tafsiran dan Klasifikasi Awal. Jurnal Dewan Bahasa. 42(6): 539 - 555'. Di manakah saya boleh mendapatkan salinan tersebut? Jika ada salinan tersebut, bolehkah pihak DBP menyertakan alamat e-mel atau nombor telefon bagi pihak yang berkenaan untuk saya hubungi bagi mendapatkan salinan tersebut. Jika tidak dapat diberikan secara percuma, saya berminat hendak membelinya.

Salam sejahtera.

Bahan Rujukan Pusat Dokumentasi Melayu

Hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Makalah  tersebut  terakam dalam Majalah Dewan Bahasa bulan Jun  1998. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mohon hantar permohonan  untuk mendapatkan bahan tersebut kepada Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut, untuk tindakan selanjutnya:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.


Lain-lain02.06.2021
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasihUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. Tatabahasa18.02.2015
12

Kembali ke atas