Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kla.si.fi.ka.si] | کلاسيفيکاسي

Definisi : hal atau hasil membahagi-bahagikan sesuatu kpd beberapa kumpulan atau golongan mengikut ciri-ciri tertentu; pengelasan. mengklasifikasikan membahagi-bahagikan mengikut kelas; mengelaskan: Kita menggunakan kriteria tertentu utk ~ bahan-bahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klasifikasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interval vectorvektorjedaMuzikTiada

Inventori atau stok kesemua jeda yang disenaraikan dalam carta klasifikasi jeda yang terkandung dalam sesuatu set klasifikasi pic. Vektor jeda terdiri daripada enam digit yang di-tulis dalam kurungan seperti [ ], () atau < >. Digit pertama dalam kurungan tersebut mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 1, digit kedua mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 2, digit ketiga mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 3, di­git keempat mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 4, digit kelima mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 5 dan digit keenam mewakili kekerapan jenis klasifikasi jeda 6. 
 

Mallampati classificationklasifikasi MallampatiPerubatanTiadaKaedah mengklasifikasikan darjah kesukaran intubasi berdasarkan struktur farink. Klasifikasi ini terbahagi kepada empat kelas. Kelas I menunjukkan pesakit mudah diintubasi manakala Kelas IV menunjukkan sukar diintubasi.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
forest typejenis hutanPerhutananPengurusan HutanKlasifikasi tanah hutan yang berdasarkan nama spesies dirian pokok hidup semasa. Klasifikasi ini adalah berpandukan kepada senarai jenis hutan Jabatan Perhutanan.
interval classklasifikasi jedaMuzikTiada

 Jarak jeda antara dua klasifikasi pic yang diatur dalam susunan terdekat. Contohnya, pic yang berjarak major ke-7 menjadi minor ke-2. Oleh sebab minor ke-2 mempunyai jarak satu semiton, maka pengelasan jedanya ialah 1.

prime formderet dasarMuzikTiada

Set yang mengandungi 12 klasifikasi pic dalam muzik karya dua belas ton. Set klasifikasi pic yang terdiri daripada 12 ton ini digunakan oleh komposer sebagai asas teknik pengkaryaan. Contohnya, gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern, iaitu A, F#, G, Ab, E, F, B, Bb, D, C#, C, Eb, Lihat juga  matriks dua belas ton.

mesotrophicmesotrofikPerikananTiadaBerkaitan dengan klasifikasi air tasik atau kolam yang mempunyai jumlah nutrien dan oksigen yang sederhana. Pada tahap ini, keadaan air adalah jernih dan mempunyai banyak tumbuhan akuatik di bahagian dasar. Klasifikasi ini terletak antara oligotrofik dan eutrofik. Lihat juga eutrofik, oligotrofik.
pitch-classklasifikasi picMuzikTiada

 Not yang mempunyai pic yang sama dalam oktaf atau tingkat nada yang berbeza. Not enharmonik juga dianggap sebagai not dalam klasifikasi pic yang sama. Contohnya, C#l, Dbl, C#2, Db2, C#3 merupakan klasifikasi pic yang sama, iaitu C# atau Db.

genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi.
areal classificationklasifikasi kawasanLinguistikTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas