Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klasikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
operaoperaKesusasteraanTiadaBentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque.
nicotinic antagonistantagonis nikotinikFarmasiFarmakologiSejenis drug antikolinergik yang menghalang tindakan asetilkolina pada reseptor asetilkolina nikotinik. Antagonis nikotinik bertindak: menghalang transmisi sinaptik pada ganglion autonomik, simpang neurootot, otot rangka dan sinaps nikotinik yang terdapat pada sistem saraf pusat. Drug jenis ini digunak:an terutamanya dalam pembedahan yang memerlukan paralisis atau kerehatan ke atas otot periferi. Tubokurarin ialah contoh drug klasikal yang kini jarang digunakan lagi. Contoh lain ialah buproprion dan mekamilamina yang menghalang reseptor asetilkolina nikotinik di dalam otak:. Drug-drug ini telah dicadangkan penggunaannya untuk merawat ketagihan dadah.

Kembali ke atas