Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kli.nik] | کلينيک

Definisi : tempat mengubati orang sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klinik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kami akan mengadakan minggu berhenti merokok di klinik-klinik kesihatan di daerah Muallim. Kami berminat untuk menggunakan media digital di Majlis Daerah Tanjung Malim. temanya adalah: NAFAS BARU BERMULA RAMADAN saya ingin meminta jasa baik pihak tuan/puan untuk memeriksa tatabahasa dan perkataan yang digunakan sebelum dipamerkan di media digital. sekian, terima kasih.Tema NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN sebagai slogan adalah betul daripada aspek penggunaan Bahasa.Tatabahasa13.04.2018
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali?Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga.Tatabahasa18.12.2013
Mohon penjelasan manakah yang betul: klinik kesihatan atau Klinik Kesihatan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "klinik kesihatan" kerana ia merupakan kata nama am, kecuali apabila menjadi kata nama khas seperti "Klinik Kesihatan Gombak" baharulah ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa29.01.2013
Selamat sejahtera, Apakah gelaran yang kita patut gunakan bagi orang yang datang ke klinik pergigian? Adakah 'pesakit' atau 'pelanggan'. Oleh sebab klinik pergigian berbeza dengan klinik biasa dan orang yang datang ke klinik pergigian tidak semestinya mengalami sebarang penyakit (mereka mungkin hanya ingin melakukan prosedur pergigian biasa seperti membersihkan gigi). Yang manakah sesuai digunakan? 1) Melayan pesakit. 2) Melayan pelanggan. Mohon penjelasan DBP, terima kasih.Betula, pesakit bermaksud orang yang sakit. Jika tidak sakit boleh ditulis, orang ramai mendapatkan rawatan di klinik gigi. Pelanggan lazimnya merujuk orang yang membayar untuk sesuatu khidmat yang diperoleh.Tatabahasa26.04.2015
Sekiranya perkataan klinik 1 Malaysia digunakan di tengah ayat, perkataan klinik, huruf " k " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasihPerkataan klinik 1 Malaysia perlu huruf kecil walaupun berada di tengah ayat kerana klinik 1 Malaysia merupakan kata nama am. Jika kata nama Khas perlu huruf besar seperti Klinik 1 Malaysia Sepang.Tatabahasa07.03.2016
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih!Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain20.06.2010
salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan..

Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina

Tatabahasa09.07.2011
Klinik ImpianUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my dan pilih jenis iklan Papan Premis.Lain-lain22.09.2019
KLINIK HANA SHAH ALAM

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain07.02.2018
soalan saya mengenai tulisan pada papan tanda (signboard) premis samada diluluskan ataupun tidak.Berikut merupakan ayat pada papan tanda kami : "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak,Jengka" diharap dapat maklumbalas daripada pihak tuanSila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda.


Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain14.08.2018
123456

Kembali ke atas