Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klo.ri.da] | کلوريدا

Definisi : ist sebatian klorin dgn suatu unsur lain: natrium ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klorida


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kertas kobalt kloridacobalt chloride paperKertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air.Menengah Rendah
akueusaqueousPerihal larutan yang pelarutnya ialah air. Contohnya, larutan akueus natrium klorida disediakan dengan melarutkan natrium klorida ke dalam air.Menengah Rendah
mendakanprecipitateHasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat.Menengah Rendah
kemolaranmolarityBilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air.Menengah Atas
kekisilatticeSusunan teratur tiga dimensi zarah-zarah, iaitu molekul atom atau ion, dalam sesuatu hablur. Contohnya, dalam hablur natrium klorida, ion-ion natrium dan klorida disusun untuk membentuk kekisi kiub.Menengah Atas
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideBahan berbentuk hablur berwarna putih yang digunakan untuk menyerap wap air. Formula CaCl2.Menengah Rendah
kalsium klorida kontanganhydrous calcium chlorideSerbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat RajahSekolah Rendah
halidahalideIon halogen yang mempunyai nombor pengoksidaan -1, iaitu sebatian bromida, klorida, fluorida dan iodida.Menengah Atas
agen kontanganhydrous agentBahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang.Menengah Atas
penyerapanabsorptionProses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas