Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sekotah-kotah[s«.ko.tAh.ko.tAh]kata tugasseluruh kawasan.Sekotah-kotah kubo tu semak samon.[s«.ko.tAh.ko.tAh ku.bo tu s«.mA/ sA.mon]Seluruh kawasan kubur itu semak-samun.
konyel[ko.øel]kata kerjamengunyah dengan gusi.Ape awak konyel dalam mulot tu?[A.p« A.wA/ ko.øel dA.lAm mu.lot tu]Apa yang kamu kunyah dalam mulut itu?
kohot[ko.hot]kata adjektifberkenaan benda yang nampak buruk.Kaen tu kohot rupenye, kau jemo kat panas ke?[kAen tu ko.hot Äu.p«.ø« kAw dZ«.mo kAt pA.nAs k«]Kain itu kelihatan buruk, kamu jemur di tengah panaskah?
kolop[ko.lop]kata adjektifberkenaan budak lelaki yang belum berkhatan.Budak Usen tu maseh kolop lagi.[bu.dA/ u.sen tu mA.seh ko.lop lA.gi]Budak Hussein itu masih belum bersunat.
kokotko.kot]kata kerjamengeluarkan isi kelapa muda atau kuih yang lembut dari bekasnya.Tolong kokot kelape mude ni, tok nak rase.[to.loN ko.kot k«.lA.p« mu.d« ni to/ nA/ ÄA.s«]Tolong keluarkan isi kelapa muda ini, datok hendak rasa.
kok nai[ko/ nAj] berbual panjang dan meleret-leret antara lelaki dan perempuan; betonyeh.Jangan kok nai tak tentu pasal nanti orang tue marah.[dZA.NAn ko/ nAj tA/ t«n.tu pA.sAl nAn.ti o.ÄAN tu« mA.ÄAh]Jangan bercakap-cakap panjang dengan tidak tentu pasal nanti marah orang tua-tua.
loko[lo.ko]kata namakelihatan tidak sajak memakai pakaian.Budak ni pakai baju mane pon nampak loko.[bu.dA/ ni pA.kAj bA.dZu mA.n« pon nAm.pA/ lo.ko]Budak ini pakai baju mana pun nampak tidak sajak.
secoet[s«.tSo.et]kata adjektifterlalu sedikit, secubit (satu atau dua jari); setotet.Gule secoet mane nak cukop buat kopi seteko.[gu.l« s«.tSo.et mA.n« nA/ tSu.kop bu.wAt ko.pi s«.te.ko]Gula yang terlalu sedikit itu mana cukup untuk membuat seteko air kopi.
koye[ko.j«]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap.   
kole kacang[ko.le kA.tSAN] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung kacang hijau, santan dan gula yang dikacau hingga masak sebelum dituang ke dalam loyang. Apabila sejuk, kuih tersebut ditabur dengan tahi minyak sebelum dipotong.   
1234

Kembali ke atas