Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : (Kim) sj unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dlm aloi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : ist logam keras berwarna putih perak yg digunakan dlm beberapa jenis aloi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kobalt


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOBALT 60

Kobalt 60 lihat Kobalt.

UMUM 
KOBALT

Kobalt ialah unsur logam berwarna putih perak

yang digunakan terutamanya dalam aloi. Kobalt

mempunyai banyak sifat besi dan nikel. Ketiga-tiga

logam ini adalah keras dan bermagnet,

dan ia bertindak balas dengan asid biasa untuk

menghasilkan hidrogen.

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 

Kembali ke atas