Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : (Kim) sj unsur logam berwarna putih kelabu, mulur, beracun, dan digunakan dlm aloi dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.bat] | کوبل‌ت

Definisi : ist logam keras berwarna putih perak yg digunakan dlm beberapa jenis aloi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kobalt


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cobalt-60 pearlsmanik kobalt-60KejuruteraanTiadaPelet yang mengandungi kobalt-60 terkandung dalam peti kobalt.
correction blockblok pembetulanVeterinarTiadaBahan yang berupa blok garam atau garam jilat yang menampung kekurangan sesuatu nutrien yang telah dikenal pasti. Contohnya, blok kobalt yang mengandungi unsur kobalt akan diberi kepada ternakan yang mengalami kekurangan kobalt. Selain unsur mineral, blok pembetulan juga biasanya mengandungi nutrien-nutrien lain seperti protein, lemak, vitamin dan tenaga. Contohnya, blok multinutrien turut mengandungi nutrien seperti urea, molases dan garam.
cobalt diskcakera kobaltKejuruteraanTiadaCakera yang mengandungi kobalt sebagai punca gama bagi teleterapi.
cobalt pelletpelet kobaltKejuruteraanTiadaPelet yang mengandungi kobalt sebagai punca gama bagi teleterapi.
cobalt gunpeti kobaltKejuruteraanTiadaBekas atau kelongsong mengandungi kobalt.
cobalt bombbom kobaltKejuruteraanTiadaSenjata nuklear hipotesis yang mempunyai kelongsong atau bekas bahagian luar kobalt.
coordination numbernombor koordinatanKimiaTiadaBilangan atom atau kumpulan, iaitu ligan yang terikat dengan atom pusat garam kompleks. Misalnya, dalam sebatian koordinatan kobalt(III)-heksamina klorida, Co(NH3)­6C13, terdapat enam molekul ammonia yang membentuk ligan dengan ion pusat kobalt. Oleh itu, nombor koordinatan kobalt ialah 6.
cobaltkobaltKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 9) jadual berkala, simbol Co, nombor atom 27, berat atom 58.933, nombor pengoksidaan +2 dan +3, takat lebur 1493oC, takat didih 3100oC, wujud dalam bentuk logam keras berkilauan, berwarna kelabu, mulur, tertempakan, bersifat magnet, beracun, larut di alam asid nitrik, dan terdapat tiga bentuk isotop radioaktif yang stabil, iaitu Co-57, Co-58 dan Co-60. Sumber semula jadi kobalt ialah bijih smaltit, kobaltit dan linaeit, dan diperoleh daripada bijihnya secara pemanggangan diikuti dengan penurunan terma oleh aluminium. kobalt digunakan sebagai mangkin, pewarna kaca, dan digunakan untuk membuat aloi, cat, varnis dan filamen lampu.
cobaltkobaltVeterinarTiadaSimbol: Co. Unsur logam berwarna kelabu pucat yang penting sebagai unsur surih bagi organisma hidup. Unsur ini terdapat dalam makanan bersumber daripada haiwan dan merupakan komponen vitamin B12. Oleh itu, unsur ini sangat penting bagi aktiviti mikroorganisma di dalam rumen yang mensintesis vitamin B12 pada ternakan ruminan. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan anemia, hilang selera makan, pertumbuhan terencat dan penyakit sampu. Sumber utama kobalt diperoleh daripada mil kacang soya, hasil sampingan poltri, dedak padi dan mil daging.
cobaltkobaltGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas