Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ca/] | برکوچق

Definisi : 1. = kocakan goncangan (air), gerakan kencang (air atau benda cair); 2. ki gelora, pergolakan: kpd ibunya ia menumpahkan segala pendaman jiwa dan ~ hatinya; berkocak 1. bergoncang (bkn air dlm bekas dll), bergelombang (bkn laut), berpalu, memukul (ombak pd batu): gelas itu dihentak-hentaknya beberapa kali dan air di dalamnya ~; desir angin yg lembut menyegarkan, dan riak ~ melanda pantai; 2. bergelora, bergolak (bkn perasaan hati dll), berdebar­debar, gelisah, rusuh: hatinya tidak ~ sedikit pun menerima hukuman itu; nafsunya makin menyala, darah mudanya ~; 3. men­jadi pudar atau tidak bercahaya (bkn mata), kusam atau kuyu (bkn mata): matanya ~; 4. Kl bergoyang, bergegar; ~ tanda tak penuh prb orang yg suka bercakap banyak itu menunjukkan pengetahuannya kurang (atau cetek); mengocak, mengocakkan 1. menggon­cang(kan) bekas (utk menjadikan cecair dll di dalamnya sebati), menggerakkan air yg tenang (dgn memukulnya atau mengacaunya dsb dgn keras): apabila dikocak, abu putih itu pun larut ke dlm air itu; sekali-kali pula ikan haruan ~ air menghambat anaknya; 2. mengacaukan, mengharukan (fikiran atau perasaan), mengganggu (ketenangan keadaan, perasaan, dll): tangisan anaknya makin mengocakkan perasaan dan fikirannya; kenang-kenangan pahit ini selalu ~ hidupnya; 3. Kl menggoyang, menggoyahkan (tiang dll); terkocak 1. tergoncang, tergerak: masukkan bahan kimia itu ke dlm air sedikit-sedikit supaya tidak ~ air itu; 2. menjadi tidak tenang (fikiran dll), menjadi kacau; ~ hati gelisah, tidak tenang hati (fikiran); badan ~ Mn sangat kurus; kocakan kocak: sekali-sekala kesepian itu diganggu oleh ~ air bendang akibat haruan menyambar anak; pengocakan perihal atau perbuatan me­ngocak: ~ itu akan menghasilkan arus pusar yg dgn cepat menyebabkan pelarutan; kelocak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ca/] | برکوچق

Definisi : 1. kacak, gagah, bagus (baik, tampan); 2. sombong, pongah, besar kepala: dibenci orang kerana ~nya; 3. Jk jenaka, kela­kar, lucu; berkocak-kocak bergurau senda, berjenaka, berkelakar; mengocak Jk melawak, bergurau senda, berolok-olok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ca/] | برکوچق

Definisi : ; berkocak bergoncang (bkn air dlm bekas); bergelombang (bkn air laut): Air di dlm tong yg tidak penuh akan ~. mengocakkan menyebabkan air dll berkocak. kocakan gerakan yg keras (bkn air dlm bekas dll). pengocakan perbuatan atau hal mengocakkan (air dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kocak

Puisi
 

Anak Cina jambul tercacak,
     Mati dipanah Seri Rama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
     Rasa nak balik ke janda lama.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan untuk 'protein shake'. Terima kasih.

Terjemahan yang sesuai bagi “protein shake” ialah protein kocak, merujuk campuran bahan yang mempunyai kandungan protein dan air yang digoncangkan sebelum diminum, contoh lain penggunaan pola terjemahan ini ialah “milk shake”, iaitu susu kocak.

Istilah17.12.2019
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'milkshake'? Sekian, terima kasih.Milk shake diterjemahkan kepada susu kocak.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2016

Kembali ke atas