Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.cé/] | کوچيق

Definisi : (kocék) ark saku, kantung: dikeluarkannya sehelai sapu tangan dr dlm ~ seluarnya; jam ~ jam saku (jam yg disimpan dlm kocek); masuk ke dlm ~ diterima secara tidak sah oleh sesuatu pihak: sebahagian drpd wang bantuan masuk ke dlm ~ ahli politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.cé/] | کوچيق

Definisi : /kocék/ saku pd baju, seluar dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kocek

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke rakit,
     Bunga raya dalam celepa;
Kalau tak ada ringgit di kocek,
     Taruh boyan tak jadi apa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
welt pocketkocek bebibirKesenianTiadaKocek sorok atau kocek dalam yang bahagian bawah bibir kocek dikemaskan dengan menggunakan fabrik berukuran 3/8 inci ke 1 inci lebar. Biasanya digunakan pada sut, kot atau kot luar untuk kaum lelaki.
zipped pocketkocek zipKesenianTiadaKocek sorok yang menggunakan zip sebagai penutup mulut kocek, biasanya dijahit pada bahagian luar pakaian.
bellows pocketkocek beloKesenianTiadaKocek tampal berlisu setentang atau lisu terbalik yang mengembang apabila kocek diisi. Digunakan pada jaket safari.
safari pocketkocek safariKesenianTiadaKocek tampal berlisu setentang atau lisu terbalik yang mengembang apabila kocek diisi. Digunakan pada jaket safari.
flap pocketkocek tutupKesenianTiadaKocek yang mempunyai kepingan penutup yang berasingan, biasanya dibuat pada bahagian atas kocek tampal.
zip patch pocketkocek tampal zipKesenianTiadaKocek tampal yang menggunakan zip sebagai penutup mulut kocek dan dijahit pada bahagian luar pakaian. Contohnya pada pakaian kasual dan pakaian kanak-kanak.
flap pocketkocek mendatangPentadbiran PerniagaanTiadaKocek yang mempunyai kepingan penutup yang berasingan, biasanya dibuat pada bahagian atas kocek tampal.
fobkocek fobKesenianTiadaKocek kecil berbibir melintang pada ikatan pinggang seluar lelaki, direka khusus untuk menyimpan jam saku. Popular dari abad 17 hingga 1920-an.
spotty pocketkocek tumpuKesenianTiadaKocek yang terletak di garis dada atau pinggul atau yang berlainan bentuk untuk menarik perhatian.
slash pocketkocek belahKesenianTiadaKocek yang mempunyai uncang di sebelah dalam dan belah bahagian luar, dikemaskan dengan kun.
1234

Kembali ke atas