Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.di.fi.ka.si] | کوديفيکاسي

Definisi : kegiatan (usaha, proses) atau hasil mengumpulkan serta menyusun pelbagai peraturan (maklumat, norma, dsb) tentang sesuatu sehingga merupakan atau terdapat suatu keseluruhan yg bersistem dan teratur (biasanya yg dirakamkan dlm bentuk atau sesuatu terbitan): bertambahnya undang-undang di negara moden memerlukan ~ dan interpretasi; pemantapan atau ~ bahasa hanya dapat berlaku melalui penggunaan dan melalui kegiatan penulisan; mengkodifikasikan mengumpulkan serta mengatur (menyusun) sesuatu sehingga me­rupakan suatu sistem: norma-norma yg dikodifikasikan dlm bentuk tatabahasa sekolah dan yg diajarkan kpd siswa; pengkodifikasian perbuatan (usaha, proses, dsb) mengkodifikasikan, pengekodan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodifikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud penanda wacana 'dari sudut kodifikasi yang berbeza'? Adakah penanda wacana ini gramatis dari segi tatabahasa?Soalan yang dikemukankan kurang jelas. Untuk makluman, penanda wacana bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Dalam bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana, iaitu:

1. penanda penghubung
2. penanda rujukan
3. penanda penggantian
4. penanda leksikal
5. penanda ellipsis atau pengguguran

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenan Penanda Wacana, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 525-529.
Tatabahasa18.02.2018
Soalan saya mengenai penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah". Setahu saya, hanya frasa nama boleh menyusul pemeri "ialah" dan hanya frasa adjektif atau frasa sendi nama boleh menyusul pemeri "adalah". Terdapat beberapa contoh dalam buku 'Nahu Melayu Mutakhir' oleh Asmah Haji Omar yang menggunakan kombinasi "adalah + FN". Adakah ini gramatis? Oleh sebab tatabahasa bahasa Melayu masih dalam proses kodifikasi, adakah penggunaan frasa nama selepas "adalah" dan frasa adjektif atau frasa sendi nama selepas "ialah" semakin diterima sepertimana penggunaan "oleh kerana" pada mulanya tidak gramatis tetapi sudah diterima? Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan berkaitan nahu bahasa Melayu. Kata pemeri ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 495-496. Bentuk ‘oleh kerana’ sehingga hari ini tidak pernah diterima oleh DBP sebagai bentuk yang gramatis, sebaliknya tuan harus menggunakan sama ada ‘oleh sebab’ atau ‘kerana’ sebagai penghubung musabab seperti dalam Tatabahasa Dewan halaman 527.Tatabahasa15.11.2014

Kembali ke atas