Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.di.ko.lo.gi] | کوديکولوݢي

Definisi : kajian tentang manuskrip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kodikologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
codicologykodikologiKesusasteraanTiadaIlmu yang digunakan untuk mengkaji naskhah atau manuskrip.
codicologistpakar kodikologiKesusasteraanTiadaOrang yang mahir atau serba tahu tentang kajian manuskrip.
codexkodeksKesusasteraanTiadaBahan tulisan lama dalam bentuk manuskrip atau naskhah bertulis tangan. Manuskrip terkumpul dalam bentuk buku berjilid daripada kayu, kertas atau kulit mengikut kaedah penjilidan yang awal. Sebahagian besar daripada bahan bertulis ini masih kekal terpelihara dan tersimpan di pelbagai perpustakaan, arkib atau muzium di seluruh dunia. Dalam ilmu filologi, kajian tentang kodeks dikenali sebagai kodikologi. Kajian kodikologi melibatkan usaha memberikan keterangan tentang naskhah. Contohnya, kajian melibatkan usaha mengenal pasti bahan yang digunakan untuk membuat naskahah (seperti kayu, kertas, dan kulit), jenis alat tulis, jenis dakwat, usia naskhah, siapa penulisnya, penyalin atau penyusun, tempat ditulis, disalin atau disusun, dan sebagainya. Kodeks berasal daripada perkataan latin codex yang bermaksud �block of wood� (bongkah kayu). Lihat juga kritikan teks.

Kembali ke atas