Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kog.ni.tif] | کوݢنيتيف

Definisi : berkaitan dgn kognisi: agama dianggap sbg cara memenuhi keperluan ~ utk kefahaman intelektual. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kognitif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preoperational stageperingkat praoperasiPerubatanPsikiatriPeringkat kedua daripada empat peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar mengenali sesuatu objek dengan menggunakan imej dan perkataan.
cognitive behavior modification (CBM)modifikasi tingkah laku kognitifPsikologiPsikologi UmumSatu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri.
cognitive coping strategystrategi daya tindak kognitifPsikologiPsikologi UmumSebahagian daripada terapi kognitif yang bertujuan untuk mengenal pasti cara-cara mengubah proses pemikiran dan respons normal kepada pemikiran. Strategi daya tindak ini dilakukan secara bersama antara ahli terapi dan klien yang melibatkan pengenalpastian punca kebimbangan dan menentukan tahap-tahap pemikiran yang meningkatkan kebimbangan. Kedua-dua pihak akan berusaha untuk menstruktur dan menyusun semula hierarki pemikiran, menggalakkan pemikiran positif, mencari kaedah dalam mengawal semula respons pemikiran dan mengurangkan kebimbangan dalam minda. Sinonim kemahiran daya tindak kognitif.
cognitive skillkemahiran kognitifPengurusanPerancanganKemampuan seseorang untuk berfikir, mempelajari dan memahami sesuatu ilmu atau pengetahuan. Kemahiran ini berasaskan keupayaan akal fikiran seseorang yang dipengaruhi oleh faktor genetik semula jadi dan juga daya usaha untuk meningkatkan kemampuannya. Kemahiran kognitif tahap tinggi memungkinkan seseorang untuk menganalisis situasi, menghuraikan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh kemahiran kognitif semula jadi ialah kemampuan seseorang untuk memperoleh tahap pengajian dalam sesuatu bidang kepakaran yang sukar dicapai oleh orang lain, seperti bidang sains, kejuruteraan dan keagamaan. Contoh pembangunan kemahiran kognitif secara daya usaha dalam sesebuah organisasi pula adalah dengan mempelajari sesuatu pengetahuan melalui latihan dan bimbingan.
cognitive strategiesstrategi kognitifPendidikanTiadaRancangan memajukan cara dan gaya kognitif bagi menyelesaikan masalah.
cognitive overloadlimpahan kognitifTeknologi MaklumatTiadaPermintaan berlebihan yang dibuat terhadap proses kognitif khususnya ingatan.
cognitive strategystrategi kognitifPendidikanTiadaProses pemikiran terancang yang melibatkan pemilihan dan pengubahsuaian kognitif bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.
cognitive coping skillkemahiran daya tindak kognitifPsikologiPsikologi UmumLihat strategi daya tindak kognitif.
cognitive abilitykemampuan kognitifPsikologiPsikologi UmumKebolehan individu dalam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fungsi mental. Kemampuan kognitif juga sering dikaitkan dengan kecerdasan mental. Contohnya, individu yang tinggi kecerdasan mentalnya akan lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah berbanding mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang rendah.
cognitive appraisal theory of emotionteori nilaian kognitif emosiPsikologiPsikologi UmumLihat teori taksiran kognitif emosi.
12345678910...

Kembali ke atas