Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl, bk mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caustic potashpotasy kaustikKimiaTiadaPepejal lembap cair berwarna putih, KOH, yang larut dalam air dengan membebaskan haba yang banyak untuk membentuk cecair kaustik dan beralkali yang kuat dan digunakan terutamanya dalam pembuatan sabun dan sebagai reagen. Nama umum bagi kalium hidroksida.
potassium hydroxidekalium hidroksidaKimiaTiadaSebatian tak organik beralkali, formula KOH, takat lebur 405oC, takat didih 1320oC, wujud dalam bentuk pepejal putih lembap cair, sangat mengakis, larut di dalam air dan etanol dan larut sedikit di dalam eter. Kalium hidroksida disediakan secara industri melalui elektrolisis larutan pekat kalium klorida dan juga melalui pemanasan kalium karbonat atau kalium sulfat dengan kapur mati, Ca(OH)2. Sebatian ini digunakan sebagai bahan pengering dan penyerapan karbon dioksida dan sulfur dioksida, dan juga digunakan dalam pembuatan sabun lembut, dan bateri alkali. Nama umunya ialah potasy kaustik.
saponifiable lipidlipid tersabunkanKimiaBiokimiaLipid neutral yang dapat bertindak balas dengan bes seperti KOH untuk menghasilkan sabun beralkali (kalium oleat) dan gliserol.
potassium hydroxide poisoningkeracunan kalium hidroksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kalium hidroksida (formula kimia, KOH), iaitu alkali korosif. Tanda utama keracunan ialah kakisan, Kesan kakisan ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Had pendedahan ialah 2mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, pesakit mungkin pulih selama 2-4 hari, tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teruk dengan tiba-tiba, kekejangan abdomen, dan tekanan darah turun dengan cepat, yang menandakan penembusan gaster atau esofagus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik. Dos parah yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 5 g.
potassium sulphate (K2SO4)kalium sulfat (K2SO4)FarmasiTiadaGaram pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan sama ada kalium hidroksida KOH atau kalium karbonat K2CO3 dengan asid sulfurik.
xantochroicxantokroikBiologiMikologiMerujuk kepada basidiokarpa yang mempunyai hifa yang berwarna perang kekuningan apabila dilembapi air atau asid, dan berwarna perang gelap apabila dilembapi larutan kalium hidroksida (KOH).

Kembali ke atas