Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®kokaina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokain


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benzaminebenzaminaKimiaTiadaBahan yang tindakan dan komposisinya seperti kokain, C15H12NO2, yang digunakan dalam anestesia setempat.
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
benzoylecgoninebenzoilekgoninaKimiaForensikFormula kimia, C16H19NO4. Ester ekgonina yang terdapat dalam daun koka dan juga boJeh di sediakan daripada kokain serta mempunyai tindakan yang menyerllpai kafeina.
withdrawal syndromesindrom sarakFarmasiFarmakologiGejala yang berlaku akibat pemberhentian mengejut bahan psikoaktifyang diambil dalamjangka masa panjang kerana ketagihan. Gejala tersebut bergantung pada jenis bahan yang menjadi ketagihan. Antara bahan yang dikaitkan dengan sindrom ini ialah alkohol, kokain, nikotin dan opioid. Pemberhentianpengambilan bahan tersebut secara beransuransur dapat menghalang berlakunya sindrom ini.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.

Kembali ke atas