Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. besi atau kawat yg bengkok spt cangkuk atau kait (tempat sesuatu berpaut); ~ betina kokot utk dipaut; ~ jantan kokot utk memaut; 2. = terkokot kerekot, bengĀ­kok dan kaku (bkn jari); mengokot mencakar-cakar (spt ayam dll), mengeruk-ngeruk (kerak nasi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokot I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih.Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat.Istilah21.05.2015
Salam sejahtera, "stapler" merupakan terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, terdapat padanan kata "pengokot" yang membawa maksud yang sama. Namun, apakah kata dasar "pengokot" dan adakah "pengokot" dikira sebagai pinjam terjemah? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.

Kata akar bagi pengokot ialah kokot, iaitu besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait. Oleh sebab itu, perkataan pengokot bukan merupakan kaedah pinjam terjemah kerana perkataan ini terdapat dalam kosa kata bahasa  Melayu. “Stapler” yang disesuaikan dalam bahasa Melayu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan ini merupakan kaedah terjemahan secara pinjaman, iaitu perkataan atau frasa yang dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah tanpa penyesuaian ejaan serta menggunakan kaedah terjemahan perkataan demi perkataan.

Istilah15.04.2020
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas  ialah  mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Makna30.01.2019

Kembali ke atas