Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lah] | کوله

Definisi : sj kolam berbentuk segi empat dibuat drpd batu dan simen (utk menakung air): orang sedang sibuk mengambil air sembahyang di ~ di hadapan masjid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.lah] | کوله

Definisi : kolam berbentuk empat segi atau pun bulat (biasanya dibuat drpd batu) sbg tempat menyimpan air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolah

Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas