Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.laj] | کولج

Definisi : (S.Lukis) 1. teknik atau cara membuat gambar drpd pelbagai jenis bahan spt cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg di­cantum-cantumkan dan dilekatkan pd sesuatu permukaan (kertas dsb); 2. gambar yg dihasilkan drpd cantuman cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg berwarna­-warni dan dilekatkan pd sesuatu permukaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.laj] | کولج

Definisi : 1 teknik atau cara membuat gambar drpd pelbagai jenis bahan spt cebisan kertas, cebisan kain dan gambar foto yg berwarna-warni, yg dicantum-cantumkan dan dilekatkan pd kertas dsb. 2 gambar yg dihasilkan drpd cantuman cebisan kertas, cebisan kain, gambar foto dsb yg berwarna-warni dan dilekatkan pd kertas dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolaj


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya Ami Farhani, ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Peraduan Gambar dan Kata. Merujuk gambar yang saya lampirkan, terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang." Ketiga-tiga penyertaan Mohd Bakri bin Talib pula jelas tidak mematuhi syarat peraduan. Dua daripadanya tidak memaparkan individu/model. Satu daripadanya pula menggunakan suntingan digital. (3. Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang? Penjurian oleh penganjur tidak cermat. Setiap peserta pastinya melakukan yang terbaik untuk mematuhi syarat peraduan. Jika pemenang dipilih daripada peserta yang tidak mematuhi syarat asas sebegini, bagaimana orang ramai hendak mempercayai ketelusan peraduan atas talian seperti ini? Justeru saya memohon DBP sebagai salah seorang penganjur mengambil berat tentang aduan saya ini. Terima kasih.

Maklum Balas Aduan keputusan Peraduan Gambar dan Kata

Aduan I:

Terdapat dua nama MOHD BAKRI BIN TALIB sebagai pemenang. Berdasarkan syarat peraduan http://www.mfa.org.my/newmfa/peraduan-gambar-dan-kata/ :- "5. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu sahaja layak pilih sebagai pemenang.

Maklum Balas:

Nama Encik Mohd. Bakri bin Talib hanya sekali sahaja dipilih sebagai pemenang iaitu, pemenang tempat ketiga.

Aduan II:

Gambar yang diambil hendaklah memaparkan individu/model bersama outlet/produk francais secara realiti tanpa suntingan digital.) Pautan penyertaan beliau: https://www.instagram.com/p/CUc4jJqJznc/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDgTV9pJlf/?utm_medium=copy_link https://www.instagram.com/p/CVDh_R7p0Rt/?utm_medium=copy_link

Bagaimana beliau boleh dipilih sebagai pemenang?

Maklum Balas:

Konsep kolaj serta teknik adalah kreativiti peserta yang menyertai pertandingan dan gambar tiada unsur suntingan digital. Pihak Juri memutuskan bahawa gambar tersebut merupakan gambar asli yang dibuat dalam konsep kolaj.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.12.2021

Kembali ke atas