Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam air

Puisi
 

Anak ayam baru berkepak,
     Mari patuk burung balam;
Bawa garam cuma secupak,
     Takkan masin air di kolam.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 
SADLER'S WELLS

Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater

di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya

sebuah syarikat opera dan rombongan tarian

balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki

bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang

terletak di tanah kepunyaannya di utara London

mempunyai air yang boleh menyembuhkan

penyakit. Dia membina sebuah taman awam di

sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air

mineral dengan orang ramai boleh menikmati

pementasan dan muzik.

UMUM 
KOLAM

Kolam ialah kumpulan air yang kecil, tenang yang

biasanya cukup cetek bagi cahaya matahari sampai

ke dasarnya.

UMUM 
PINJAL AIR

Pinjal air ialah nama biasa bagi sekumpulan

krustasea kecil yang hidup terutamanya dalam

kolam dan tasik air tawar. Sebilangan kecil spesies

pinjal air hidup di lautan. Pinjal air adalah sumber

utama makanan bagi banyak ikan. Pinjal air

panjangnya kira-kira 0.2 milimeter hingga 18

milimeter. Haiwan ini mendapat namanya kerana

gerak renangnya yang tersentak-sentak seperti

lompatan pinjal. Pinjal air berenang dengan

melakukan pergerakan mendayung dengan

sesungut , yang terentang dari depan kepala. Pinjal

air mempunyai karapas (selaput badan) lut sinar

yang mengelilingi hampir seluruh badannya. Oleh

kerana pergerakan jantung dan organ-organ lain

pinjal air boleh dilihat secara langsung, haiwan ini

sering digunakan dalam ujian ubat.

UMUM 
EMPANGAN WYANGALA

Empangan Wyangala, membekalkan kolam

air simpanan di Sungai Lachlan dekat Cowra

di tengah selatan New South Wales, Australia.

UMUM 
KAWASAN TADAHAN

Kawasan tadahan, tempat menyimpan dan membekalkan air untuk empangan, kolam, tasik, aliran air permukaan, sungai dan air bawah tanah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 
DINOFLAGELAT

Dinoflagelat ialah sejenis organisma bersel

tunggal yang terdapat di seluruh lautan dan

di tasik air tawar dan kolam.

UMUM 
RUMPAI KOLAMRumpai kolam ialah tumbuhan yang tumbuh

dalam air, terutamanya air tenang. Rumpai kolam

mempunyai bunga kecil berwarna hijau yang

tumbuh di permukaan air.

UMUMUmum
TELIPUK

Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama

yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang

cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan

panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan

bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar

berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya

yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan

terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga

terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas

permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk

berbunga putih adalah yang paling biasa didapati.

Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya.

Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang

manakala yang lain pula mekar pada waktu malam.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili

telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea

alba.

UMUM 
12

Kembali ke atas