Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kolék) sj sampan kecil (utk me­nangkap ikan dll): orang memukat ikan gelama bersampan ~ kayunya pulai; berkolek menaiki kolek: mereka bersampan dan ~ utk menangkap ikan setiap hari; berkolek-kolek 1. terapung-apung, beroleng-oleng (spt perahu dipukul ombak); 2. melayang-layang ke sana sini (spt kupu-kupu yg terbang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kolek
Rujuk :sampan

Puisi
 

Sampan kolek perahu Cina,
     Patah pasak pintu berkurung;
Adik pergi jangan lama,
     Buah jatuh disambar burung.


Lihat selanjutnya...(13)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kolekkolekPerikananTiadaTiada
canoekolek batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat perahu batang.
evaporator boatkolek penyejatFizikTiadaTiada
molybdenum boatkolek molibdenumFizikTiadaTiada
canoeperahu batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat pengangkutan yang diperbuat daripada sebatang pokok yang dibelah dua dan ditarah di bahagian tengah, hujung dan bawahnya. Perahu batang dikenali juga sebagai perahu sagur. Perahu sagur yang ditemui di Sungai Kuala Ketil (Kedah) pada tahun 1996, mempunyai lubang yang ditutup dengan damar, bertujuan untuk mengimbangi ketebalan pada setiap bahagian dinding perahu tersebut. Perahu jenis ini digunakan untuk tujuan pengangkutan dan/atau perdagangan. Sinonim kolek batang.
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
Harlem renaissanceharlem renaissanceKesusasteraanTiadaSuatu pergerakan kesusasteraan dan budaya dalam kalangan rakyat Amerika berkulit hitam. Pergerakan ini mementingkan warisan Afrika dan berkembang pada awal abad ke-20. Harlem renaissance juga diberikan gelaran �New Negro� atau �Black Renaissane�. Pergerakan ini dipimpin oleh pengarang Afro-amerika seperti James Weldon Johnson dan Langston Hughes, dan melibatkan seniman dan ahli muzik. Pada dekad tersebut, era harlem renaissance dikenali sebagai era jazz. Salah seorang tokoh jazz yang penting ialah Duke Ellington yang mempersembahkan bakatnya di Cotton Club. Dalam bidang kesusasteraan, karya yang dihasilkan pada dekad tersebut ialah Color dan Copper Sun, Kolek sajak olah Counter Cullen dan karya, The Weary blues oleh Langston Hughes. Penulis penting yang lain ialah Claude Mckay dan Jean Toomer. Lihat juga negritude.

Kembali ke atas