Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.long] | کولوڠ

Definisi : 1. ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yg bertiang dll): ~ jambatan; ~ pangkin; ~ langit di bawah langit (di atas muka bumi); anak ~ Id anak yg lahir di tempat kediaman tentera, anak askar; 2. lubang yg memanjang spt terusan di dlm tanah, lombong, korok; ~ timah lombong (bijih) timah; Cina ~ orang Cina yg bekerja di lombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.long] | کولوڠ

Definisi : ; kolong-kolong, kekolong, kolongan Jk lingkaran (gelung-gelung) besar dibuat drpd rotan (logam dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.long] | کولوڠ

Definisi : ; ~ layar ark kain dll yg bertulis dgn iklan dan yg direntangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
lihat lampiran
1. Perkataan adit terdapat dalam istilah bidang Geologi dan huraian yang diberikan ialah "Laluan mendatar daripada permukaan tanah ke sebuah lombong."

2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, adit diterjemahkan sebagai kolong.

3. Kamus Dewan Perdana pula mentakrifkan kolong sebagai "lubang yg besar dan memanjang di dlm tanah, lombong dll"

Semoga maklumat yang diberikan ini bermanfaat.
Istilah19.05.2023

Kembali ke atas