Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lo.nia.lis.me] | کولونياليسمى

Definisi : dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolonialisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SALAM. saya merupakan pelajar kolej mara banting. saya ingin melakukan kajian sastera. saya berminat untuk mengkaji cerpen-cerpen yang berkaitan dengan kesan kolonialisme terhadap pemikiran serta cara hidup masyarakat melayu pasca merdeka. oleh itu, apakah cerpen yang sesuai untuk dikaji dari segi aspek ini ( sekurang-kurangnya 6)? penulis apa yang sering menonjolkan persoalan ini dalam cerpen ?

Waalaikumusalam wbk.

Dalam hal tersebut, sdr. bolehlah merujuk kepada beberapa buku Siri Kumpulan Cerpen Pilihan Abad Ke-20 terbitan DBP 2005, antaranya:

1.   Dosan Pejuang karya A. Samad Said. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Perempuan dari      Kampung Kambing, Buruh Paksa dan Dosa Pejuang

2.   Antara Dua Deru karya Arena Wati. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Dunia yang Kutinggalkan, Antara Dua Deru dan Duniaku yang Hilang.

3.   Pahlawan Tak Bernama karya Abdullah Hussain. Mengandungi 20 buah cerpen, antaranya Pahlawan Tak Bernama, Bumi Tercemar, Politik dan Sebuah Masjid di Sebuah Kota Pelabuhan. 

Sdr. juga bolehlah memilih enam buah cerpen yang dikemukakan di atas atau memilihnya sendiri dengan merujuk kepada tiga buah kumpulan cerpen tersebut.

Sekian dan wassalam.

 

Lain-lain23.07.2009
Assalam. Saya ingin membuat carta Jawi bagi murid prasekolah. Mohon pandangan : 1.huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah huruf Jawi atau sebaliknya? Sekiranya saya tidak meletakkan huruf-huruf ini, adakah ianya menjadi kesalahan dalam carta jawi yang saya ingin keluarkan? 2. Nyatakan rujukan kamus terkini bagi Rumi-Sebutan-Jawi? Terima kasih.Untuk makluman puan, huruf ة (ta marbutah) dan ى (ye) adalah termasuk dalam 37 abjad huruf Jawi dan terpakai untuk mengeja perkataan bahasa Melayu terutama serapan daripada bahasa Inggeris contohny (Kolonialisme) کولونياليسمى  dan bahasa Arab contohnya, (Surah)  سورة (Akhirat) اخيرة  
Untuk maklumat lanjutpuan boleh merujuk buku DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.
Ejaan28.05.2018

Kembali ke atas