Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lot] | کولوت

Definisi : kuno, cara lama (tidak moden), ke­tinggalan zaman: cara ~ yg digunakan oleh petani-petani menyebabkan hasil pertanian mereka tidak memuaskan; adat ~ adat kuno; kaum ~ golongan yg ber­pegang kuat pd adat resam kuno; kekolotan 1. sifat (cara, adat resam, dll) yg kolot (ketinggalan zaman), kekunoan: menghapuskan ataupun setidak-tidaknya mengurangkan ~ dlm masyarakat; 2. perihal kolot (kuno), sifat tidak moden atau ketinggalan zaman (bkn pemikiran, adat resam, dll): pelajaran dan pengalamannya telah dapat menghapuskan ~ fikirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kolot (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuno: mundur, terkebelakang, primitif, konservatif, ortodoks, tidak maju, cara lama, cara purbakala,

2. Bersinonim dengan jumud: kaku, beku,

3.
Kata Terbitan : kekolotan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orthodoxyfaham ortodoksSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah.
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.

Kembali ke atas