Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.lum] | کولوم

Definisi : ruang (dlm surat khabar, majalah, dsb), lajur: berita-berita hangat selalu mendapat tempat dlm ~ surat khabar; berkolum-kolum beberapa (banyak) kolum, beruang-ruang: laporan mengenai kejadian itu ditulis ~ panjangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak tahu ejaan yang betul bagi hiasan/seni kaum India yang dibuat daripada beras, hiasan yang dibuat di atas lantai, "kolum" atau "kolam"? Terima kasihWassalam,

Tuan/puan,

Dalam data kami tidak terdapat ejaan "Kolum" atau "Kolam" yang merujuk hiasan perayaan orang Indian di lantai yang diperbuat daripada beras. Hal ini bermaksud, kedua-dua istilah ini tiada dalam bahasa Melayu.

Melalui carian Internet, terdapat dua versi ejaan iaitu "Kolum" dan "Kolam", Wikipedia menggunakan ejaan "kolam" yang betul.  
Lain-lain18.04.2017
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
Saya sedang mencari idea tentang kolum bahasa yang ingin saya wujudkan dalam portal bahagian kami. Apakah perkataan atau frasa yang sesuai digunakan selain soal jawab bahasa?

Antara sesi seumpama itu yang pernah dilaksanakan ialah bicara bahasa.

Tatabahasa07.04.2010
Khir Azril May 12th, 11:09pm salam... blh dptkn link jwatan kosong....sy cr kt website xde....Salam, tuan boleh layari melalui laman web http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/. Sila lihat pada kolum Berita Semasa dalam laman web DBP (Iklan Jawatan Kosong).Lain-lain12.05.2015
Riduan Basri Riduan Basri Jul 8th, 12:35pm Tuan, diruang mana saya mahu merujuk ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya anda melayari http://prpm.dbd.gov.my untuk pencarian makna contohnya isi padu, pastinya anda akan menaip "isipadu" dan akan keluar paparan seperti ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=isipadu <-- pada paparan tersebut mempunya jadual yang mengandungi kolum Kata dan Takrif. Perkata yang ada pada kolum Kata itu adalah ejaan yang betul, manakala Takrif ejaannya merujuk kepada korpus bahasa sebab itu ejaan isi padu ditulis isipadu. Untuk memudahkan kefahaman isi padu itu tidak disebut isi (diam) kemudian disebut padu, sebaliknya disebut isipadu. Sebab itu dieja rapat iaitu isipadu untuk tujuan korpus bahasa Melayu. Untuk memastikan ejaan yang betul, boleh juga klik pada Khidmat Nasihat untuk membaca maklumat-maklumat selanjutnya, sama ada pertanyaan ejaan mahupun ayat. Mohon jasa baik tuan untuk mengambil tahu tentang cara membaca kamus. Selain itu, untuk maklumat tuan Kamus Dewan adalah rakaman semua perkataan umum dan yang popular digunakan masyarakat termasuk perkataan yang tidak rasmi dan rasmi. Contohnya perkataan yang tidak rasmi ialah catit dan perkataan rasmi catat. Sebab itu dimaklukan sebelum ini, catit itu salah dan betul adalah catat. Moga ini membantu. Sekian.Ejaan08.07.2014

Kembali ke atas