Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mé.di] | کوميدي

Definisi : (komédi) 1. drama, filem, dsb yg ringan dan lucu, biasanya berakhir dgn kegembiraan; 2. genre sastera yg berkaitan dgn hal-hal lucu atau serius dgn cara menyindir; berkomedi berlakon komedi: mereka ~ dlm pertunjukan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mé.di] | کوميدي

Definisi : /komédi/ lakonan (pentas, filem atau sandiwara) yg biasanya menceritakan kisah-kisah lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komedi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan lawak jenaka, cerita kelakar, filem lucu, humor.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sebutan 'komedi' sebutan 'e' pepet atau talingJawapannya ialah 'e' taling. Harap maklum.Lain-lain23.05.2008
Assalamualaikum. Apakah padanan yang sesuai untuk menterjemah "Stand-up Comedy"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "stand-up comedy" ialah komedi di hadapan penonton.Istilah21.11.2016
Salam sejahtera, Saya ingin meminta terjemahan bagi Bahasa Inggeris berikut: 1- clickbait 2- stand-up comedy Terima kasih. NH AzizanIstilah tersebut masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan menggunakan istilah komedi berdiri dan umpan klik untuk merujuk kedua-dua istilah sumber tersebut.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2018

Kembali ke atas