Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mén] | کومين

Definisi : (komén) 1. teguran, kritikan, atau pe­merhatian utk menyatakan pendapat, pan­dangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mén] | کومين

Definisi : /komén/ pendapat atau buah fikiran yg diberikan mengenai sesuatu hal. mengomen memberikan komen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan teguran, kritikan, perhatian, pendapat, pandangan, ulasan, komentar.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARTUN

Kartun ialah lukisan atau siri lukisan yang

menerangkan sesuatu cerita atau menjelaskan

sesuatu mesej. Kartun mungkin menghiburkan,

mendidik atau memberi komen tentang seseorang,

sesuatu kejadian ataupun perkara.

UMUM 
PARENTESIS

Parentesis ialah perkataan, frasa atau ayat yang

ditambah kepada ayat lain bagi tujuan penerangan,

tambahan maklumat atau komen.

UMUM 
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 

Kembali ke atas