Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mén.tar] | کومينتر

Definisi : (koméntar) IB komen, huraian, ulasan (yg mengandungi penjelasan, kritik, atau pendapat mengenai sesuatu perkara dll): tidak habis-habis orang memberi ~ mengenai rang undang-undang yg akan dikemukakan itu; mengomentar 1. membuat komentar (komen), mengulas; 2. = mengomentari mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu, mentafsirkan, mengulas: beliau enggan ~ perjanjian pertahanan antara kedua-dua buah negara itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komentar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commentaire/ commentary Per.komentar/ulasanKesusasteraanTiadaHuraian atau penjelasan tentang sesuatu perkara yang ditulis, biasanya terdapat di tepi halaman naskhah. Contoh: kitab Mir 'Atal-Tullab terdapat komentar di tepi halamannya.
overt narratorpengisah ketaraKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menyampaikan cerita dan bebas memberikan komentar terhadap situasi, peristiwa, atau perwatakan yang terdapat dalam karyanya. Komentar pengisah dapat dikesan dengan ketara dalam karya kerana komen dibuat secara jelas, terbuka, dan melebihi daripada apa yang sepatutnya.
internal commentarykomentar dalamanKesusasteraanTiadaPenjelasan yang mengandungi kritikan dan pendapat mengenai sesuatu perkara yang ditulis.
blurbsariKomunikasiKorporatMaklumat yang ditulis secara ringkas, padat, dan mengandungi makna mendalam mengenai sesuatu yang ingin ditonjolkan. Maklumat boleh bersifat penjelasan, komentar, pujian, publisiti dan sebagainya. Penulisan jenis ini kerap digunakan untuk menjelaskan kandungan buku, kandungan kursus, atau maklumat mengenai barangan. Kata-kata yang digunakan kerap memberikan makna yang besar dan mendalam. Selain itu, terdapat juga kenyataan yang bersifat tidak menunjukkan penglibatan, kenyataan yang diambil daripada komentar penulis akhbar, dan hasil temu bual dengan individu berwibawa mengenai sesuatu perkara. Matlamat penulisan sari adalah untuk menarik perhatian pelanggan.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.
blogblogTeknologi MaklumatPerisianLaman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.
new objectivityobjektiviti baruKesenianTiadaSeni lukis moden di Jerman dalam tahun 1920an yang menekankan keobjektifan penggambaran berserta komentar sosial.
Neue SachlichkeitNeue SachlichkeitKesenianTiadaSeni lukis moden di Jerman dalam tahun 1920an yang menekankan keobjektifan penggambaran berserta komentar sosial.
parabasisparabasisKesenianDrama dan TeaterKeadaan apabila watak utama meninggalkan ruang lakon dan korus merumuskan persembahan dengan memberikan komentar mengenai cerita.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
12

Kembali ke atas