Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mi.di] | کوميدي

Definisi : Id 1. pertunjukan (permainan) sandi­wara, lakonan (drama di pentas dsb); ~ bangsawan permainan sandiwara mengenai cerita lama (spt cerita raja-raja dll); ~ gambar ark wayang gambar; gedung (rumah) ~ bangunan (panggung) tempat dipertunjukkan permainan sandiwara; 2. pertunjukan (spt gerak badan atau berbagai-bagai jenis senaman) spt bertunggang balik, berayun; bermain ~ a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); ~ kuda permainan sarkas (yg menunjukkan kepandaian binatang); 3. perbuatan yg berpura-pura (tidak sungguh-sungguh), perlakuan yg dibuat-buat, lawak: Hanafiah tidak dapat meneruskan ~nya sbg orang sedang merajuk; mengomidikan memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komidi


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Teater komidi Jebat sempena minggu sastera 1998Dewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Che Det : komidi muzikaKerajaan Negeri JohorTiada2002 
Wayang Pak Dogol: komidi muzikaKerajaan Negeri JohorTiada[2003] 

Kembali ke atas