Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mik] | کوميک

Definisi : buku yg mengandungi cerita yg disertai dgn gambar-gambar yg melucukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mik] | کوميک

Definisi : , = buku ~ buku cerita bergambar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang bersesuaian dengan "Comic actor"? Terima kasihPadanan bagi Comic actor masih belum ada dalam pangkalan data kami, terjemahan yang sesuai bagi Comic actor ialah pelakon komik atau aktor komikMakna11.10.2017
Assalamualaikum, saya seorang guru sekolah rendah pengkhususan pendidikan seni visual. saya telah hasilkan sebuah novel grafik /komik berilmiah untuk bacaan kanak-kanak, mempunyai jalan cerita seperti sebuah komik tetapi berteraskan pendidikan pengkhususan nutrien pemakanan, ia telah disemak oleh pegawai zat makanan daerah di sekolah. Adakah pihak tuan boleh mencadangkan bagaimana untuk saya mengetengahkan karya ini ke pasaran? untuk makluman, sebelum ini saya telah pun menghasilkan sebuah novel grafik/ komik yang lain untuk syarikat penerbitan buku Pekan Ilmu Publication, ianya telah diterima, namun hampir 2 tahun ia masih tidak diterbitkan.Salam Sdr. Yazid, Tahniah kerana berjaya menghasilkan buku dalam bentuk komik. Sekiranya novel sdr. telah lengkap (teks dan ilustrasi), bolehlah diajukan ke DBP untuk dinilai. Memang pihak kami sedang merancang untuk menerbitkan karya/buku informatif kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, pihak kami tidak menerima sebarang karya yang telah diberikan kepada syarikat lain (menunggu untuk proses penerbitan). Sila hantar manuskrip kepada Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain14.06.2012
Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan tentang penggunaan kata hubung 'atau'? 1. Bei Ling suka membaca buku atau membaca komik? 2. Bei Ling suka membaca buku atau komik? Adakah perkataan 'membaca' harus diulangi sekali lagi atau kedua-dua ayat ini adalah benar? Terima kasih.Tuan,

1. Perkataan “atau” tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan.
2. Ayat yang betul ialah “Bei Ling suka membaca buku atau komik?”
Tatabahasa28.05.2019
Bolehkah perkataan singkatan digunakan dalam dialog komik contohnya "kau", "tak", "ni", "tu" dan "dah". Jika boleh digunakan, adakah perlu diboldkan? Untuk pengetahuan pihak tuan, saya merupakan editor bahagian komik. Disebabkan ruang bubbletalk yang kecil, penggunaan perkataan singkatan antara cara agar teks dapat dimuatkan di dalamnya. Terima kasih.Selamat petang. Perkataan singkatan boleh digunakan tetapi tidak perlu dihitamkan. Sekian.Istilah22.08.2016
sy guna komik yang dilukis sendiri untuk mengambarkan plot cerita dalam komsas. sangat berkesan untuk kelas corot. dalam PMR 2011, semua lulus 100% walau 6 orang tahap literasi bahasa sangat rendah..subjek lain mereka gagal..he..he.. kelas bahasa jadi menarik..mengapakah saudara memilih komik Doraemon? Boleh berkongsi?Lain-lain07.06.2012
untuk kesalahan tatabahasa dalam komik apa yang perlu dititikberatkan ?

Untuk makluman, penulisan komik sama seperti penulisan karya kreatif yang lain seperti cerpen, novel dan sebagainya, iaitu mesti menggunakan tatabahasa yang betul, bahasa yang baik, istilah yang tepat, ejaan yang betul dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Sehubungan dengan itu, kesalahan penggunaan tatabahasa dalam penulisan komik tidak sepatutnya berlaku.

Tatabahasa06.08.2020
saya ingin memohon pencerahan adakah Comic Holic dalam bahasa melayu ialah Komik Holic?

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan “comicholic”.  

Walau bagaimanapun, terdapat perkataan “workaholic” dipadankan sebagai gila kerja. 

Oleh itu, cadangan kami bagi perkataan “comicholic” ialah gila komik. 
Makna12.04.2019
Apakah maksud perkataan “zuss” yang ada dalam komik bahasa Melayu , iaitu sebuah buku penerbitan Pelangi yang bernama “RAJA EKSPERIMEN 24 HUKUM KEABADIAN TENAGA “ , muka surat 171. Terima kasih.Maaf. Tiada kata zuss dalam pangkalan data kamus dan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi editor atau penulis buku tersebut.
Makna26.09.2023
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya.Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian.Tatabahasa03.07.2013
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR PEREMPUAN LEBIH BERMINAT MEMBACA NOVEL MANAKALA PELAJAR LELAKI LEBIH CENDERUNG MEMBACA KOMIKSalah satu faktor yang emungkinkan kecenderungan tersebut ialah persikataran, walau bagaimanapun hal ini memerlukan kajian yang lebih mendalam, sila h rujuk buku atau makalah yang berkaitan. terima kasih.Lain-lain23.12.2008
12

Kembali ke atas