Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mi.sén] | کوميسين

Definisi : (komisén) sejumlah (peratusan) bayaran yg dibayar kpd seseorang, ejen, jurujual, dsb kerana perkhidmatannya, dalal: jika laku keretanya, kita akan diberi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mi.sén] | کوميسين

Definisi : /komisén/ wang upah yg dibayarkan kpd wakil atau ejen kerana menjual barang-barang; dalal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komisen


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
brokeragen 1. broker’s commission, komisen pembrokeran, dalal broker; 2. business of a broker, pembrokeran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
commissionn 1. special task, job, kerja; (for artist) tempahan: he was given the ~ to design the mosque, dia diberi kerja utk mereka bentuk masjid itu; not all artists accept ~s, bukan semua pelukis yg mahu menerima tempahan; 2. (mil) tauliah: he received his ~ as 2nd Lieutenant, dia menerima tauliah sbg Leftenan Muda; 3. group authorized to perform certain duties, suruhanjaya: a Royal C~, Suruhanjaya Diraja; the C~ of Inquiry, Suruhanjaya Siasatan; the Federal Trade C~, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan; 4. fee allotted to agent, komisen, dalal: he charges 5% ~, dia mengenakan komisen 5%; sell st on ~, menjual sst dgn mendapat komisen; 5. act of doing (st wrong, unlawful) perbuatan melakukan: the ~ of a crime, perbuatan melakukan jenayah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top1on ~ of, a. above or over st, di atas: put your coat on ~ of the luggage so that it is not forgotten, letakkan kot kamu di atas beg pakaian itu supaya kamu tdk lupa; they stood on ~ of the cliff watching the fleet pass, mereka berdiri di atas cenuram itu sambil memperhatikan angkatan kapal tentera laut berlalu; b. i. besides, in addition to, di samping, selain: on ~ of his large salary, he gets a commission on everything he sells, di samping gajinya yg besar, dia juga mendapat komisen utk setiap barang yg dapat dijualnya; ii. coming after and adding to something’s effect on so., sbg tokokan: this request, on ~ of all the others he has made, is the last straw, permintaannya ini, sbg tokokan kpd permintaannya yg lain, sudah keterlaluan sangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas