Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mi.si] | کوميسي

Definisi : ; mengkomisikan memberikan se­suatu tugas (kerja dsb) secara rasmi kpd pihak atau orang lain utk mengerjakan atau meng­usahakannya dsb hingga selesai: pihak pengurusan bersetuju utk ~ projek tersebut kpd universiti yg berkenaan; pengkomisian perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mi.si] | کوميسي

Definisi : IB 1. badan utk tugas (kajian, siasat­an, dsb) tertentu, suruhanjaya; 2. = pergi ~ pergi ke sesuatu tempat utk menyiasat (me­nyelidiki) sesuatu perkara; 3. = barang ~ barang orang lain yg atau utk dijualkan dgn mendapat upah (komisen); menjual ~ menjual barang orang dgn menerima upah (komisen); 4. = wang ~ (bayaran) yg diterima sbg upah menjualkan barang orang: lebih banyak barang yg laku, lebih besar ~ yg diperoleh; mengomisi menyelidiki, memeriksa, me­nyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mi.si] | کوميسي

Definisi : 1 kaedah melaksanakan sesuatu tugas dgn memberikan tugas tsb kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Kerja itu dijalankan secara ~. 2 wang yg dibayarkan kpd seseorang atau sesuatu pihak sbg upah kerana telah melaksanakan sesuatu tugas: Mereka telah menerima ~ yg dijanjikan itu. mengkomisikan memberikan sesuatu tugas kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Pihak atasan bersetuju utk ~ subprojek itu. pengkomisian perihal atau perbuatan mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komisi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN RENVILLE

PERJANJIAN RENVILLE (1948),  perjanjian antara Indonesia dengan Belanda.  Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda.  Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa.  Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas