Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pang] | کومڤڠ

Definisi : sj rebana yg dipukul beramai-ramai: riuh-rendah bunyi ~ di majlis perkahwinan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pang] | کومڤڠ

Definisi : gendang spt rebana yg dipukul dgn sebelah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat tunggal: a) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah. b) Kompang dimainkan oleh murid sekolah menengah. Ayat majmuk yang manakah betul? 1) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan menengah. 2) Kompang dimainkan oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah.
Menurut data kami, ayat di atas betul.
Tatabahasa10.07.2016
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah.

Saudara,

1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi.
2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan'
3. Memukul kompang
4.
Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul.
5.  ladang teh
6. Saya berkelah di tepi air terjun
7.
a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut)

Tatabahasa06.10.2012
Bingkai kompang dibuat daripada kayu . Ada sebarang kesalahan dalam ayat ini ?Ayat ini tiada sebarang kesalahan tatabahasa. Tatabahasa02.07.2014
Salam tuan di talian, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk digunakan bagi gong dan kompang? Ayat contoh: 1. Dua buah gong diperlukan untuk mengiringi tarian singa. 2. Hadi membeli sebuah kompang semasa jualan hari kraf itu. Terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai untuk gong dan kompang ialah buah seperti dalam contoh ayat yang diberikan.Tatabahasa08.06.2011
Salam sejahtera ! 1. Kulit kambing dapat dijadikan kompang 2. Kuit kambing boleh dijadikan kompang Yang mana betul. Terima kasihUntuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya.


Berdsarkan perkara yang di atas, kata bantu yang sesuai ialah dapat.
Tatabahasa29.09.2015
Adakah ayat di bawah boleh diterima sebagai ayat dasar FN+FS ? Terima kasih. ~ Kompang itu untuk Aiman.Ayat "Kompang itu untuk Aiman" betul mengikut pola FN + FS.Tatabahasa20.06.2013
Selamat sejahtera. Mana satu jawapan yang paling betul? Murid-murid memukul/memalu kompang di atas pentas.

Perkataan memukul dan memalu boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1592 dan 1767.

Tatabahasa18.02.2024
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Jika soalan saya berbunyi (1) Sazali terpakasa menangguhkan perkahwinannya kerana menghadapi masalah kewangan. (2) Pasangan penggantin diraja duduk di atas peterana sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang. (3) Dia menonton bola sepak di Stadium. Apakah jawapan yang betul bagi ketiga-tiga soalan di atas? Soalan saya yang kedua ialah adakah Ayat Susunan Songsang tidak mempunyai makna? atau sebahagiannya mungkin tidak ada makna? Soalan saya yang ketiga ialah pernah pihak DBP menjawab soalan saya yang berbunyi menukarkan ayat pasif (Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat) kepada ayat pasif (Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda). Jika mengikut hukum objek tepat dan objek sipi, bagaimanakah jawapan yang diberikan oleh DBP bagi soalan "Saya menghadiahi Ali sebuah basikal" akan menjadi Sebuah basikal dihadiahi saya? Bukan ke bagi orang pertama formula atau penyusunan binaan ayat pasif mesti "Kata ganti nama pertama atau kedua diikuti kata kerja"? Bukan ke jawapan yang sebenarnya harus berbunyi "Ali saya hadiahi sebuah basikal" yang sememangnya ikut hukum tatabahasa (objek tepat dan objek sipi serta hukum binaan ayat pasif bagi pelaku I dan II? Sekian, terima kasih.

Saudara,

1. Kerana menghadapi masalah kewangan Sazali terpaksa menangguhkan perkahwinannya. 2. Sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang pasangan pengantin diraja duduk di atas peterana. 3. Di stadium dia menonton bola sepak .

Susunan yang betul ialah ' Ali saya hadiahi sebuah basikal'. Mungkin jawapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini tidak lengkap. Maaf atas kesulitan yang berlaku. 

Tatabahasa13.08.2010

Kembali ke atas