Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pang] | کومڤڠ

Definisi : sj rebana yg dipukul beramai-ramai: riuh-rendah bunyi ~ di majlis perkahwinan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pang] | کومڤڠ

Definisi : gendang spt rebana yg dipukul dgn sebelah tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kompangkompangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang berasal dari Timur Tengah diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Kompang diperbuat daripada kayu berbingkai dan mempunyai satu muka kulit. Permukaan kulitnya dipasang pada baluh dengan paku logam. Alat muzik ini dipegang de­ngan sebelah tapak tangan sementara tapak tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul. Kompang dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah untuk mengiringi nyanyian, perarakan dan pelbagai perayaan dalam masyarakat Melayu. Kompang dikenali sebagai rebana di Indonesia dan duff di Timur Tengah.

kompang (Mal)kompangKesenianTiadaAlat membranofon berbingkai yang mempunyai satu muka.
rebana kerincing (Mal)rebana kerincingKesenianTiadaGendang satu muka berbentuk seperti kompang yang terdapat di Johor.
peningkahpeningkahMuzikTiada

 Corak rentak yang dimainkan oleh ketua pasukan kompang. Pemain peningkah memulakan dan menamatkan sesebuah lagu kompang serta bermain secara meningkah dengan ba­hagian melalu. Sinonim menyelang, menyilang. Lihat juga melalu.

secondary storagestoran sekunderPendidikanTiadaStoran tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama.
mass storage deviceperanti storan massaTeknologi MaklumatTiadaPeranti dengan muatan storan yang besar, misalnya cakera magnet dan kompang magnet.
secondary storagestoran sekunderTeknologi MaklumatTiadaStoran tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama.
melalumelaluMuzikTiada

 Pukulan dasar atau rentak asas dalam sebuah lagu kompang. Pemain rentak melalu atau pembolong memainkan rentak tersendiri secara bersama-sama. Sinonim menalu, pem­bolong.

penyelangpenyelangMuzikTiada

 Corak rentak yang dimainkan untuk menambah pukulan antara kumpulan melalu dengan kumpulan peningkah dalam sesebuah lagu kompang. Sinonim  menganak, melanak. Lihat juga  melalu.

irama Malaysiairama MalaysiaMuzikTiada

 Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music.

12

Kembali ke atas