Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.pas] | کومڤس

Definisi : 1. alat yg menentukan arah mata angin, yg mempunyai jarum magnetik yg bergerak bebas dan menunjuk ke arah utara: pasukan pengakap tersebut mencari jalan keluar dr hutan itu dgn menggunakan ~; jarum ~ jarum pd kompas yg menunjukkan arah; 2. sj alat berkaki dua utk melukis bulatan, mengukur jarak pd peta, carta, dsb, jangka lukis: elok menggunakan ~ utk membuat bulatan yg sempurna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.pas] | کومڤس

Definisi : 1 alat yg rupanya spt jam utk menunjukkan arah mata angin; pedoman. 2 alat berkaki dua yg digunakan utk melukis bulatan; jangka lukis: Mereka diajar oleh guru mereka membuat bulatan dgn menggunakan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Latihan Penyuntingan Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Jawapannya ialah kumpulan tukar kepada pasukan.Mengapakah kumpulan pengakap dalam ayat ini adalah salah?Kumpulan ialah himpunan, kelompok orang atau binatang  yang agak besar bilangannya, manakala pasukan ialah sesuatu kelompok yang dibentuk atau melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Latihan penyuntingan pasukan pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia.Tatabahasa08.09.2021
Apakah istilah BM bagi moral compass?Istilah moral compas tidak masih belum ada dalam data kami lagi. Cadangan daripada pihak kami, istilah yang sesuai bagi moral compass ialah kompas moral.Makna02.03.2017

Kembali ke atas