Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kom.paun] | کومڤاءون

Definisi : denda yg dibayar dgn tidak perlu melalui pendakwaan di mahkamah: dia dikenakan ~ sebanyak RM75.00 kerana kesalahan meletak kereta; mengkompaun mengenakan kompaun ter­hadap (seseorang dsb): dia telah dikompaun sebanyak RM30.00 oleh Dewan Bandaraya kerana kesalahan meletak kereta; pengkompaunan perihal atau perbuatan mengenakan kompaun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kom.paun] | کومڤاءون

Definisi : denda yg dibayar dgn tidak perlu melalui pendakwaan di mahkamah: Dia dikenakan ~ sebanyak RM300/- kerana kesalahan lalu lintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kompaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betul atau bolehkan perkataan KOMPAUN digunakan bagi tujuan merujuk kepada kawasan? Contoh penggunaan perkataan KOMPAUN : Situasi cemas di kompaun hospital.Kompaun bermaksud denda dan dalam bidang kimia dan perubatan membawa maksud majmuk atau sebatian. Tidak ada maksud kompaun yang boleh disesuaikan dengan konteks ayat tersebut.Tatabahasa06.07.2015
Tolong semakkan penggunaan bahasa : Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu ‘COMPOUND’ dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dilaksanakan ke atas pemilik yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasamasa anda amat dihargai. Abaikan notis ini jika ada tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibayar. Terima kasih.Sila semak nombor kenderaan anda dalam menu COMPOUND dan buat pembayaran segera sekiranya anda mempunyai tunggakan kompaun. TINDAKAN MAHKAMAH akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang tidak menjelaskan tunggakan kompaun. Kerjasama anda amat dihargai. Sila abaikan notis ini jika tiada kompaun tertunggak atau pembayaran telah dibuat.  Tatabahasa07.10.2023
Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah dengan mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dalam ayat ini? TKJawapan:
Kesalahan dalam ayat ialah perkataan "dengan" yang perlu digantikan dengan perkataan "untuk".
Ayat: Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah untuk mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara.
Tatabahasa07.11.2014
Mohon semakan penggunaan ayat dipapan tanda... Petak rezab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun jika meletak dipetak rezab ini.Petak rizab ini untuk pengguna Kaunter Pandu Lalu sahaja. Tindakan kompaun akan dikenakan jika meletak kenderaan di petak ini.Tatabahasa01.12.2016
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih.Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
 
Tatabahasa03.08.2012
BIDANG KUASA DBP BAGI PEMANTAUAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA,TINDAKAN YANG TELAH DILAKSANAKAN, AKTA-AKTA PENGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG TERDAPAT DI DBP.DBP sedang membuat pindaan akta untuk mendapatkan kuasa penguatkuasaan dan mengenakan kompaun kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa dalam iklan, penamaan dan dokumen.   Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan.  Lain-lain15.06.2010
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008

Kembali ke atas